TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini1,293,600Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 14 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 19 Jun

Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau minuman yang tercemar. Tempoh keracunan boleh terjadi seawal 30 minit hingga 72 jam. Keracunan makanan boleh membawa kematian jika serius. Orang ramai dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala keracunan makanan. #ANMS#sihatmilikku

95,800 views

Diterbitkan 19 Jun

https://www.facebook.com/share/v/cz6ushgSCzkrRXiD/

97,600 views

Diterbitkan 17 Jun

𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗟𝗔𝗥 𝗪𝗔𝗕𝗔𝗞 𝗚𝗔𝗦𝗧𝗥𝗢𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗧𝗜𝗦 𝗔𝗞𝗨𝗧 (𝗔𝗚𝗘) 𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗡𝗢𝗠 Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Sektor Promosi Kesihatan JKNSabah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA #kenyataanmediapengarahkesihatannegerisabah #datukdrasitsbinsanna #pengarahkesihatannegerisabah #tenom

115,000 views

Diterbitkan 17 Jun

https://www.facebook.com/share/p/ZB5nA8esF7JcmmG4/?mibextid=xfxF2i

108,000 views

Diterbitkan 14 Jun

Kek, kuih-muih, nasi goreng mahupun pelbagai menu 🍰🥟🍚 lain menggunakan telur sebagai bahan asas. Oleh itu, telur merupakan antara makanan ruji bagi masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Namun, penggunaan telur 🥚 yang telah rosak boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan. Dikongsikan cara untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur. Ingat‼️Pastikan anda sentiasa mengamalkan konsep 𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧, 𝗕𝗔𝗨 dan 𝗥𝗔𝗦𝗔 sebelum dimasak. Telur yang telah rosak akan berbau busuk. #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani

128,000 views

Diterbitkan 13 Jun

100,000 views

Diterbitkan 12 Jun

https://t.me/sihatmilikbersama/23609

111,000 views

Diterbitkan 12 Jun

⚠️ Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan. 🥚 Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit-birit. ⚠️ Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya sebelum membuat pembelian. 📢 Anda juga dinasihatkan untuk: 1. Membeli ikut keperluan 2. Simpan telur di tempat yang sesuai 3. Basuh telur sebelum guna 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani

91,200 views

Diterbitkan 11 Jun

Tahukah anda menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang atau 600 juta orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan Inilah masanya untuk kita ambil perhatian dan tingkatkan pengetahuan tentang keselamatan makanan. Sentiasa amalkan Lihat Hidu Rasa serta Perhati dan Pilih kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan.

96,000 views

Diterbitkan 3 Jun

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔, 𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔 Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 3 Jun 2024, Bersamaan 25 Zulkaedah 1445H Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua, Putera-putera, Puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia zaman dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya. Sembah takzim daripada: Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja Kementerian Kesihatan Malaysia

112,000 views

Diterbitkan 31 Mei

Musim cuti sekolah penggal pertama 2024 telah bermula dan berdasarkan laporan Minggu Epidemiologi ke-20 tahun 2024 iaitu mulai 12 Mei sehingga 18 Mei 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,461 kes berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat peningkatan sebanyak 123 kes bagi tempoh tersebut. Oleh itu, pendekatan 'Sekolah kita BEBAS dari Nyamuk Aedes' diambil dengan menyarankan agar pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang dilantikmelakukan beberapa tindakan bagi mengawal dan menurunkan populasi nyamuk di sekolah semasa cuti sekolah. Ikuti langkah-langkah pencegahan denggi di sekolah. #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMadani

116,000 views

Diterbitkan 27 Mei

EMPAT CORAK CUACA SEMASA MONSUN BARAT DAYA Anda perlu peka dengan empat kesan cuaca semasa Monsun Barat Daya ini iaitu kemungkinan akan berlaku jerebu, cuaca yang kering, kebakaran hutan dan penyusutan paras air empangan. Oleh itu, MetMalaysia telah menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar. Selain itu, anda dinasihatkan untuk tidak membuang puntung rokok merata-rata, minum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar. Paling penting adalah anda perlu menyimpan bekalan air secukupnya serta sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Sumber: Malaysian Meteorological Department #PekaAmaran #PatuhArahan #MalaysiaMADANI #MalaysiaMadaniSiagaBencana #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama

123,000 views
12•••5•••10•••1213141516•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 14 daripada 84Seterusnya