TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 16 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 3 Mei
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02PGsKvXiAXPWrBacyVzo32fXzrsrkFtgspLJMs7AciC5vApHFt56AEXKL99y3zMxkl
Diterbitkan 2 Mei
KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi 💧 yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal 🏃🏼♂️ lasak dan lain-lain aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas ☀️ sekarang. ‼️Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan).
Diterbitkan 1 Mei
Tarikh 1 Mei amat sinonim dan bermakna bagi semua warga pekerja di Malaysia kerana ia merupakan tarikh sambutan Hari Pekerja. Sambutan ini adalah bagi menghargai jasa dan sumbangan semua pekerja di Malaysia yang menjadi penyumbang kepada kemajuan negara. Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga KKM. Semoga anda terus komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
Diterbitkan 30 Apr
Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes 🦟 yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain (nyamuk infektif). Demam denggi🌡️boleh mengakibatkan kematian. ⚠️ Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi. Ambil tindakan pencegahan proaktif 👍🏼 bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. 𝘼𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙥𝙚𝙙𝙪𝙡𝙞, 𝙣𝙮𝙖𝙢𝙪𝙠 𝘼𝙚𝙙𝙚𝙨 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙣𝙖𝙡 𝙢𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖
Diterbitkan 29 Apr
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. 👁️ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus. Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi. ⚠️ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Diterbitkan 25 Apr
𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍? Fasa peralihan monsun adalah tempoh peralihan antara Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Sumber: Malaysian Meteorological Department #PekaAmaran #PatuhArahan #MalaysiaMADANI #MalaysiaMadaniSiagaBencana #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Diterbitkan 23 Apr
Pendedahan kepada cuaca panas ☀️ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak 💧 tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga. ⚠️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba. ‼️Sila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.
Diterbitkan 19 Apr
https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/pfbid0cAWjNWjQnNSvVByQSK6ac8DBerxX1v6MojSx1ugJCX5z6xrgBoYB7dZgaQfts7nkl
Diterbitkan 18 Apr
🌋🌋🌋 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara berketinggian 725m dari paras laut telah meletus pada 9.45 pagi, 16 April 2024 dan menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak. Ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. Walau bagaimanapun setakat ini, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU). Maklumat lanjut, boleh didapati www.met.gov.my #metmalaysia #NRES #GunungBerapiRuang
Diterbitkan 16 Apr
Cuaca panas ☀️ sedang melanda di beberapa kawasan di Malaysia❗ ⚠️ Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.
Diterbitkan 15 Apr
Ramalan cuaca Malaysian Meteorological Department bagi seluruh negara pada 15 April 2024 – 17 April 2024. #MalaysiaMADANI #MalaysiaMadaniSiagaBencana #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Diterbitkan 15 Apr
https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/pfbid02zqcqtsnuRGst9fW52TpgMBDUm8QwWjcAALrr2MNVz17rVPawtDKz7tjw5RDQZs6il