TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 27 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 2 Dis
Adakah HIV dan AIDS penyakit yang sama❓ Diagnosis bagi kedua-dua penyakit adalah berbeza tetapi saling berkait. Kekeliruan masyarakat mengenai penyakit ini boleh menyebabkan usaha membendung jangkitan HIV/AIDS melalui aktiviti pencegahan, rawatan dan kawalan terjejas. Bersempena dengan Hari AIDS Sedunia yang disambut pada hari ini, 2 Disember 2022, bersama tingkatkan kesedaran kita mengenai HIV/ AIDS. #KomunitiPenerajuBersama
Hashtags
Diterbitkan 1 Dis
Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae. Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir. Perhatikan tanda-tanda/ gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera. Layari infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#sihatmilikku
Hashtags
Diterbitkan 30 Nov
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid03bRjW8tJFkJkEpJGR8yFAMfianTXH7sXwJFaSr9ziVqMmPWkpy3yCrNzbDsEt4hdl?mibextid=YxdKMJ
Diterbitkan 30 Nov
‼️KKM ingin mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 bagi mengawal penularan jangkitan, terutamanya dalam komuniti. ✅Orang ramai adalah dinasihatkan untuk terus mengamalkan 𝐓𝐑𝐈𝐈𝐒 (𝐓𝐞𝐬𝐭, 𝐑𝐞𝐩𝐨𝐫𝐭, 𝐈𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭𝐞, 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐚𝐧𝐝 𝐒𝐞𝐞𝐤) sebagai langkah pencegahan kesihatan awam demi kesejahteraan bersama
Diterbitkan 28 Nov
📄Jom semak kelayakan dan klinik panel Skim Perubatan MADANI di: www.protecthealth.com.my/ Kesihatan Anda, Misi Kami💪 #SkimPerubatanMADANI#MalaysiaMADANI
Diterbitkan 27 Nov
⚠️Orang ramai haruslah sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri semasa musim banjir bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti yang dikongsikan. "𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀, 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐖𝐀𝐓"
Diterbitkan 26 Nov
Kebelakangan ini tular di aplikasi whatsapp berkenaan buah-buahan dalam tin keluaran negara Thailand. Ambil maklum bahawa mesej whatsapp ini adalah Palsu! Mohon dapatkan pengesahan maklumat terlebih dahulu sebelum menyebarkannya. Tak pasti jangan kongsi!
Diterbitkan 26 Nov
Perkukuhkan kawalan kesihatan kendiri dengan melaksanakan TRIIS. ▶️ Test / Uji ▶️ Report / Lapor ▶️ Isolate / Asingkan ▶️ Inform / Maklumkan ▶️ Seek / Dapatkan
Diterbitkan 25 Nov
🚭Rokok elektronik atau vape mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti propalina glikol, gliserin sayuran, logam berat serta bahan perisa dan pewarna. 🚬Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape akan menyebabkan ketagihan seterusnya memberi kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan. Oleh itu, orang ramai perlulah menghindar tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi mengelakkan penyakit paru-paru yang berpunca daripada bahan tersebut yang dikenali sebagai E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).
Diterbitkan 24 Nov
🍨🍦🍬Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman. Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi. Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
Diterbitkan 23 Nov
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02xCCvL67LRq4HHS9L3S4yoZ4rB55y6qhrj2Dp6NGcui8K2mU1Kf5KWuFGzZ8GGBujl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
Diterbitkan 22 Nov
❌JANGAN MAIN AIR BANJIR‼️ Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa. Oleh itu, jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan air banjir. “KESIAPSIAGAAN BENCANA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”