TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 26 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 18 Dis
Diterbitkan 16 Dis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut bermula pada bulan November 2023 - Mac 2024. Sehubungan itu, pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan/minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air. Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran bagi menghindari Demam Denggi.
Diterbitkan 15 Dis
Kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini. Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah dan ibu hamil. Ikut Tip pemakaian penutup mulut dan hidung ini supaya pemakaiannya betul-betul melindungi anda. Ingat ya! Jangan buang merata-rata. Pastikan ia dilupuskan dengan cara yang betul. #ANMS#COVID19#sihatmilikku
Hashtags
Diterbitkan 14 Dis
𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓 Antara tempat yang paling berbahaya ketika banjir adalah di kawasan talian elektrik telah jatuh. Orang ramai yang berada di kawasan yang terjejas akibat banjir dinasihatkan agar tidak menghampiri talian TNB yang jatuh atau mana- mana pepasangan elektrik yang rosak. Untuk sebarang isu berkaitan tiang elektrik sila hubungi TNB Careline 15454 untuk melapor. 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐮𝐚 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢, 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐰𝐚.
Diterbitkan 13 Dis
Kini, bilangan kes demam denggi dalam jarak 200 meter serta status wabak satu kawasan dapat diakses melalui aplikasi iDengue atau pautan laman sesawang iDengue di https://idengue.mysa.gov.my/ Pelbagai informasi termasuk bahan pendidikan kesihatan berkenaan denggi juga terdapat dalam aplikasi dan laman sesawang iDengue. Oleh itu, Setiap lapisan masyarakat perlu bertanggungjawab dan bertindak proaktif dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang meningkat. "𝑨𝒎𝒃𝒊𝒍 𝒑𝒆𝒅𝒖𝒍𝒊! 𝒏𝒚𝒂𝒎𝒖𝒌 𝑨𝒆𝒅𝒆𝒔 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒍 𝒎𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"
Diterbitkan 11 Dis
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian serius terhadap suatu hantaran facebook yang mendakwa kementerian ini telah pun menandatangani "perjanjian vaksin", yang kononnya memaksa rakyat di negara ini untuk mengambil vaksin. KKM ingin menegaskan bahawa tangkap layar ini merupakan kandungan yang memberi persepsi negatif kepada kementerian, yang mana dakwaan tersebut adalah tidak benar. Sebenarnya foto tersebut memaparkan, YB Dr. Zaliha Mustafa yang mewakili negara dalam pembaharuan WHO Global Service Centre (GSC), Host Country Agreement (HCA) pada 31 Januari 2023, menerusi hubungan kerjasama negara dalam sektor kesihatan demi pembangunan modal insan dan meningkatkan daya saing agar lebih kompetitif dalam kalangan ahli anggota WHO, bukan seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam posting berkenaan. Sehubungan itu, KKM menyeru kepada orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak yang ingin menimbulkan kegusaran awam berkaitan KKM.
Diterbitkan 11 Dis
Paxlovid is an antiviral medication that can alleviate the symptoms of COVID-19 and prevent the disease from worsening. High risk COVID-19 patients, such as individuals aged 60 years old or over, immunocompromised, with any comorbidities, obese, current or ex-smokers, are recommended to take Paxlovid treatment. Paxlovid is effective when taken within five (5) days of onset of symptoms. Get a medical assessment early at a nearby health facility to determine your eligibility to take Paxlovid.
Diterbitkan 11 Dis
Paxlovid merupakan ubat antiviral yang boleh mengurangkan gejala COVID-19 dan mengelakkan penyakit daripada menjadi lebih teruk. Pesakit COVID-19 berisiko tinggi iaitu individu berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai daya tahan badan yang rendah, mempunyai apa-apa komorbid, obes, perokok atau bekas perokok, disarankan untuk mendapat rawatan Paxlovid. Paxlovid berkesan apabila diambil dalam tempoh masa lima (5) hari daripada hari gejala bermula. Sila dapatkan penilaian perubatan awal di fasiliti kesihatan berhampiran untuk menentukan kelayakan anda mengambil Paxlovid.
Diterbitkan 7 Dis
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan terdapat cubaan untuk menyebarkan maklumat palsu yang pernah dipalang palsu oleh kementerian ini pada 1 November 2022 yang lalu. Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat tersebut supaya tidak menimbulkan suasana panik serta menyeru agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya. Maklumat yang palsu seumpama ini tidak memberi apa- apa kebaikan kepada kita semua memandangkan KKM sentiasa memaklumkan situasi semasa COVID-19, termasuk varian, menerusi Kenyataan Media Rasmi kementerian, dan boleh melayari KKMNOW untuk butiran data terkini bagi maklumat jangkitan semasa COVID-19. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0gmnTtvtDU3qdg2YPsvmiWCa9aqAQRxACDJus4n2NPXirv8eeuNg3TQS1UdV9GTnkl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
Diterbitkan 6 Dis
Adakah anda tidak mempunyai akses kepada akaun MySejahtera anda yang lama, tetapi ingin mengekalkan data MySejahtera anda? Jangan risau! Ikuti langkah mudah ini untuk mendapatkan semula data MySejahtera anda! Hubungi pihak MySejahtera sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah. #MySejahtera #GerbangKesejahteraanKesihatanAnda #AplikasiKesihatanAwam Sumber : MySejahtera https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0CoFS8f9Uqosy1hqW9STfHxnvBTn5Fjv5BqpinwaiAZmrSs9PSzpbYRUePCGRVUt3l&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz
Diterbitkan 6 Dis
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat mengenai situasi COVID-19 di Malaysia, seperti bilangan kes baharu, bilangan kematian, bilangan kemasukan ke hospital, dan lain-lain daripada sumber yang sahih. Layari portal KKMNOW di data.moh.gov.my dan laman sesawang serta media sosial rasmi KKM untuk kenyataan media dan berita mengenai COVID-19 yang benar. Diharap orang ramai tidak mudah mempercayai mesej-mesej yang tular di media sosial yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan.
Diterbitkan 4 Dis
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 4 DISEMBER 2023 -Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 47 (19 November - 25 November 2023)- https://www.facebook.com/share/p/nwLsCV8dHPP8r27N/?mibextid=zLoPMf