TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini551,600Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 53 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 30 Mac

Amalan pemakanan sihat dan seimbang dalam bulan Ramadan juga penting untuk memastikan kesihatan yang optimum dan meningkatkan sistem imuniti badan bagi melawan penyakit terutamanya jangkitan COVID-19. Elakkan makan secara berlebihan ketika berbuka puasa. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

53,000 views

Diterbitkan 30 Mac

Kenyataan Media KPK 29 Mac 2023 – Berkenaan Ubat Dabigatran Yang Dipanggil Balik Di Amerika Syarikat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel di dalam laman sesawang medscape.com bertajuk Dabigatran Recalled Over Potential Carcinogen yang diterbitkan pada 23 Mac 2023. Pengumuman syarikat bertajuk Ascend Laboratories LLC. Issues Voluntary Nationwide Recall of Dabigatran turut dimuat naik di laman sesawang The United States Food and Drug Administration (US FDA) pada 22 Mac 2023. Artikel tersebut telah melaporkan tindakan syarikat Ascend Laboratories LLC yang melaksanakan proses panggil balik produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg secara sukarela sehingga ke tahap pengguna, susulan kepada pengesanan bendasing (impurity) nitrosamine iaitu N-nitroso-dabigatran di dalam produk tersebut yang melebihi tahap Acceptable Daily Intake (ADI) yang diterima di peringkat global. Selain itu, turut dimaklumkan di dalam artikel tersebut bahawa tiada laporan kejadian kesan advers yang diterima oleh pihak syarikat Ascend Laboratories LLC yang berkaitan dengan proses panggil balik ini. Namun demikian, KKM telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan mendapati bahawa Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg and 150 mg tidak berdaftar di Malaysia. Sebagai peringatan, produk yang tidak berdaftar melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia. Sebagai makluman, produk Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 mg dan 150 mg ini berfungsi sebagai antikoagulasi (anticoagulant) dan diambil secara oral untuk mengurangkan risiko penyakit strok dan darah beku (blood clots). Bendasing Nitrosamine ini biasanya ditemui dalam air dan makanan, termasuk daging yang diawet dan dipanggang, produk tenusu dan sayur-sayuran. Pendedahan kepada nitrosamine yang melebihi tahap ADI dalam jangka masa panjang berpotensi untuk meningkatkan risiko kanser kepada pengguna. KKM melalui NPRA sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin. Sebarang perkembangan berkenaan produk dabigatran di Malaysia akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 29 MAC 2023 https://kpkesihatan.com/2023/03/29/kenyataan-media-kpk-29-mac-2023-berkenaan-ubat-dabigatran-yang-dipanggil-balik-di-amerika-syarikat/

49,400 views

Diterbitkan 29 Mac

https://www.facebook.com/187891761403516/posts/pfbid033uk3rBtQDv6zUccWTbqXutBTbrMED1YEu7k2WRUiSAnbxXCNzBuawx3VE8GJ3Cq2l/

48,800 views

Diterbitkan 29 Mac

https://www.facebook.com/187891761403516/posts/pfbid02NZaapGq7vbBi5cX4sLzQmDUpjzhdLS9DwLD48MydSwY5chrZZs1Ggt2sE56xkaMZl/

44,900 views

Diterbitkan 29 Mac

⚠️ Tahukah anda bahawa di dalam badan Ikan Buntal terdapat RACUN TETRODOTOXIN yang boleh membawa maut🏴‍☠️❓ Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

45,900 views

Diterbitkan 29 Mac

Elak jangkitan COVID-19 semasa bulan Ramadan. Individu yang positif COVID-19 dilarang untuk menghadiri aktiviti sosial dan perlu menjalani Home Surveillance Order. #ANMS#KekalSihat#COVID19#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

49,900 views

Diterbitkan 29 Mac

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menjangkakan jumlah pendaftaran slot janji temu terus meningkat dengan peningkatan jumlah fasiliti kesihatan yang menyertai inisiatif ini. Inisiatif ini merupakan salah satu lagi fokus KKM bagi mengurangkan isu kesesakan di fasiliti kesihatan. Pesakit yang telah berdaftar untuk slot janji temu tidak perlu lagi datang awal ke fasiliti kesihatan.

39,000 views

Diterbitkan 29 Mac

Sambut Ramadan dengan Budaya 3M, Elakkan Keracunan Makanan Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Puan Nur Anis binti Mohd Sani, Ketua Penolong Pengarah dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku

42,100 views

Diterbitkan 29 Mac

Elak jangkitan COVID-19 semasa bulan Ramadan. Individu yang bergejala digalakkan untuk mengamalkan TRIIS. #ANMS#KekalSihat#COVID19#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

45,600 views

Diterbitkan 28 Mac

Dekat nak raya ni semakin ramai yang meninggal akibat denggi. Jadi jangan biarkan sanak saudara kita jadi mangsa seterusnya. Jom hapus Aedes 10 minit seminggu. #TiadaAedesTiadaDenggi #CariDanMusnah #10minitseminggu Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

55,000 views

Diterbitkan 28 Mac

Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 28. Bolehkah saya menjadualkan semula janji temu saya? #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

45,900 views

Diterbitkan 28 Mac

Walaupun Paxlovid telah ada, vaksin tetap tidak boleh dilupakan. Paxlovid bukan ganti kepada vaksin COVID-19. Paxlovid hanya diberikan kepada mereka yang telah dijangkiti COVID-19. Masyarakat masih perlu menjaga diri dengan kekal mengamalkan SOP seperti memakai pelitup muka dan melakukan ujian saringan sekiranya bergejala. #ANMS#KekalSihat#COVID19#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

32,100 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••505152535455•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 53 daripada 84Seterusnya