TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini840,200Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 51 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 21 Apr

Mengapa Ada Golongan yang diutamakan? Golongan rentan masih berisiko untuk dijangkiti COVID-19 kerana dedahan mereka terhadap jangkitan lebih tinggi berbanding dengan individu lain. #ANMS#KekalSihat#COVID19#LindungDiriLindungSemua#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

28,500 views

Diterbitkan 21 Apr

Tip Musim Panas. Kekal berada di dalam rumah / premis. Pasang kipas atau penghawa dingin bagi menyejukkan udara di dalam rumah. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

40,600 views

Diterbitkan 21 Apr

Kekal sihat semasa jerebu. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti 👉🏼 Minum air kosong secukupnya 👉🏼 Kurangkan aktiviti di luar rumah 👉🏼 Pakai pelitup muka yang sesuai jika berada di luar rumah 👉🏼 Elakkan sumber pencemaran udara dalaman seperti merokok #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

63,400 views

Diterbitkan 13 Apr

Tip Musim Panas. Lindungi diri daripada cuaca panas terik dengan menggunakan payung atau pakai topi semasa berada di luar. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

117,000 views

Diterbitkan 13 Apr

Musim Panas dah Datang! Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan jika tidak sihat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

94,600 views

Diterbitkan 13 Apr

Kenyataan Media Yang Berhormat Menteri Kesihatan Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia

74,700 views

Diterbitkan 11 Apr

Nampak kecil je kan...penutup botol je...tapi sekecil-kecil ini pun Aedes mampu membiak..jangan main-main ye kengkawan...Jom banteras Aedes #TiadaAedesTiadaDenggi #CariDanMusnah #10minitseminggu Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

86,000 views

Diterbitkan 7 Apr

Lindungi diri dan golongan berisiko tinggi daripada kesan teruk COVID-19 dengan mendapatkan dos penggalak COVID-19 sebelum beraya bersama keluarga dan rakan. #ANMS#KekalSihat#COVID19#LindungDiriLindungSemua#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

104,000 views

Diterbitkan 7 Apr

Kenyataan Media KPK 7 April 2023 – Pendirian KKM Terhadap Dakwaan Jual Beli Organ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menekankan bahawa sebarang dakwaan mengenai wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap amat serius kerana ianya merupakan exploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan. Sebarang tuntutan mengenai kewujudan aktiviti berkaitan penjualan organ hendaklah diambil serius oleh semua pihak. Jika terdapat aktiviti melibatkan pemerdagangan orang untuk tujuan jual beli organ, ianya perlu disiasat di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007. Sekiranya mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti ini, mereka boleh tampil ke KKM atau pihak polis untuk menangani perkara ini. Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan menggunakan peruntukan sedia ada di bawah Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran 2007 untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu jika pemerdagangan orang berlaku untuk tujuan pengalihan organ secara haram. Untuk makluman, perkhidmatan pendermaan organ dan transplantasi melibatkan pendermaan organ daripada penderma hidup ataupun penderma selepas kematian (kadaverik) serta penerima organ iaitu pesakit yang mempunyai masalah kegagalan organ samada buah pinggang, hepar, jantung ataupun paru-paru. Dasar KKM ini jelas sebagaimana dalam Akta Tisu Manusia 1974 yang mengawal selia aktiviti pengambilan organ bagi tujuan perawatan daripada penderma selepas kematian (kadaverik). Selain itu, Malaysia juga telah menandatangani The Declaration of Istanbul on Organ Trafficking and Transplant Tourism (2008). Deklarasi ini menyatakan bahawa organ untuk transplantasi haruslah diagihkan secara saksama kepada penerima yang sesuai tanpa mengenal jantina, etnik, agama, mahupun status sosial atau kewangan. Seterusnya, deklarasi ini juga menekankan bahawa komersialisasi transplantasi organ hendaklah dilarang kerana ia mensasarkan golongan miskin dan lemah yang menjurus kepada ketidakadilan. Oleh itu, sebarang amalan yang menyasarkan individu atau golongan ini sebagai penderma organ adalah dilihat sebagai menggalakkan pemerdagangan organ, transplant tourism dan komersialisasi transplan. Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/04/07/kenyataan-media-kpk-7-april-2023-pendirian-kkm-terhadap-dakwaan-jual-beli-organ/

75,700 views

Diterbitkan 6 Apr

Puasa dan bazar Ramadan sudah sangat sebati dalam masyarakat kita kan? Ramai teruja untuk memilih makanan kegemaran masing-masing, sehingga melimpah-limpah meja makan waktu dihidangkan sewaktu berbuka dan akhirnya dah tak terdaya nak dihabiskan😆😆😆 Jom ikuti tips menyimpan lebihan juadah berbuka dengan selamat Psstt.... berpuasa untuk dapatkan pahala, jangan sampai dapat dosa atas sebab membazir pulak ye...rugi....😇😇😇 Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

58,100 views

Diterbitkan 6 Apr

Jemaah haji perlu mengambil suntikan Vaksin Meningococcal Meningitis dan Vaksin COVID-19 yang lengkap (dos pertama, dos kedua dan dos penggalak) bagi mengekang penularan wabak penyakit meningokokus yang pernah berlaku selepas musim Haji tahun 2001 dan 2012 serta COVID-19 yang masih mempunyai risiko yang tinggi buat masa ini terutama semasa perhimpunan ramai. Jemaah haji juga digalakkan mengambil Vaksin Pneumococcal dan Vaksin Influenza yang boleh mengakibatkan radang paru-paru yang juga merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital dan kematian di kalangan para jemaah haji.

49,000 views

Diterbitkan 6 Apr

Selaras dengan kehendak Akta 535 Akta Tabung Haji 1995, pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji (BH) merupakan aktiviti penting yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama Tabung Haji (TH) ke atas setiap bakal haji Malaysia yang akan menunaikan fardu haji ke tanah suci setiap tahun. Pemeriksaan kesihatan adalah satu langkah positif agar semua jemaah haji Malaysia mempunyai tahap kesihatan baik.

48,600 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••4950515253•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 51 daripada 84Seterusnya