TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 6 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 13 Okt
Influenza Kembali Menular Dengarkan di Gegar FM esok pada pukul 8.00 hingga 9.00 pagi bersama Dr. Mohd Ihsani bin Mahmood, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM #MalaysiaSihat#SihatItuSaya
Diterbitkan 12 Okt
Influenza Kembali Menular Dengarkan di Zayan FM esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Aznida binti Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM #MalaysiaSihat#SihatItuSaya
Hashtags
Diterbitkan 9 Okt
Influenza adalah penyakit jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Kenali gejala Influenza. Segera berjumpa doktor sekiranya gejala menjadi bertambah teruk. #MalaysiaSihat#SihatItuSaya
Hashtags
Diterbitkan 7 Okt
KKM sentiasa memantau situasi semasa Influenza di Malaysia: Status terkini adalah terkawal #digitalbernamatv #influenza #kementeriankesihatan
Diterbitkan 30 Sep
Jom Cegah Penyakit Demam Campak dan Rubella Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Zaahirah binti Mohammad Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Puan Rosinah binti Hashim Penolong Pengarah Kejururawatan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga 🎯 Mata kredit CPD turut disediakan! #MalaysiaSihat#SihatItuSaya
Diterbitkan 21 Sep
Kenyataan Akhbar | 21 September 2025 Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Kawalan dan Pencegahan : Situasi Kes Rabies Dalam Kalangan Manusia di Sarawak
Diterbitkan 2 Sep
Measles: Cegah sebelum terlambat Saksikan dalam rancangan Borak SeeNI di astro prima esok pada pukul 11.00 pagi bersama Dr. Wan Abdul Hannan bin Wan Ibadullah, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM #MalaysiaSihat#SihatItuSaya
Diterbitkan 27 Ogo
Gempa bumi lemah telah berlaku di Johor, Malaysia pada jam 8:59 pagi, 27 Ogos 2025 Koordinat : 2.33° Utara dan 102.79° Timur Magnitud : 3.2 Jarak : 18km Selatan Segamat,Johor Kedalaman : 10 km Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor dan Selatan Pahang. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini. Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini https://forms.gle/JMGSQhuAKdtwWn2a7 #gempabumiMETMalaysia #mygempa.met.gov.my
Hashtags
Diterbitkan 18 Ogo
Penyakit demam Campak : Lindungi Anak, Lindungi Masa Depan Dengarkan di Gegar FM pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Zaahirah binti Mohamad, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Sektor Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM #MalaysiaSihat
Hashtags
Diterbitkan 15 Ogo
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐄𝐋 𝐊𝐔𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐀𝐍𝐀𝐋𝐈𝐒𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐎𝐓𝐎𝐗𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐆𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐔𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐂𝐊𝐒𝐎𝐍 , 𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐂𝐊𝐒𝐎𝐍, 𝟏𝟐 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓: Pejabat Perikanan Negeri Sembilan telah menjalankan pengambilan sampel kupang dan air laut di 2 lokasi perairan Port Dickson iaitu di Sungai Sekawang dan Kg. Teluk untuk dihantar ke Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) bagi tujuan analisa Biotoxin. Persampelan pertama telah dihantar ke PBPKL pada 6 Ogos 2025 dan keputusan menunjukkan parameter 𝑷𝒂𝒓𝒂𝒍𝒚𝒕𝒊𝒄 𝑺𝒉𝒆𝒍𝒍𝒇𝒊𝒔𝒉 𝑷𝒐𝒊𝒔𝒐𝒏𝒊𝒏𝒈 (PSP) melebihi standard yang ditetapkan iaitu 800 ppb. 😥 Semua penternak kupang di Port Dickson dinasihati tidak mengutip, menuai dan menjual dwicangkerang kepada orang awam sehinggalah mendapat keputusan rasmi daripada PBPKL seterusnya arahan selanjutnya daripada Jabatan Perikanan Malaysia.💪 #jabatanperikanan
Diterbitkan 15 Ogo
https://www.facebook.com/share/p/1BSex477sv/
Diterbitkan 14 Ogo
Bermula 4 Ogos 2025 sehingga 12 Oktober 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan pemberian imunisasi measles rubella untuk perlindungan tambahan demam campak dan rubella secara PERCUMA kepada semua kanak-kanak berumur 6 bulan sehingga 59 bulan (kanak-kanak yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025). Ibu bapa atau penjaga boleh menempah slot melalui aplikasi MySejahtera; atau daftar janji temu di klinik kesihatan KKM; atau walk in ke klinik kesihatan KKM. #HentikanDemamCampakLindungiAnakKita #MySejahtera #KKMPrihatin