TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini1,216,700Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 21 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 5 Mac

🎇🌇Seseorang yang melakukan aktiviti fizikal berpotensi untuk mengalami kehilangan cecair badan melalui proses perpeluhan. Selain itu, melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan akan mendedahkan seseorang kepada pancaran matahari dan meningkatkan risiko strok haba. Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak-anak semasa musim panas. Jangan biarkan anak-anak bermain di bawah panas terik untuk mengurangkan risiko kehilangan air bagi mengelakkan dehidrasi.

84,800 views

Diterbitkan 4 Mac

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk. Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.

79,200 views

Diterbitkan 1 Mac

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian. 📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi . Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

104,000 views

Diterbitkan 29 Feb

𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐉𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐮𝐦𝐩𝐚: 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮? Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan orang yang hidup bersama penyakit jarang jumpa dan keluarga mereka. Malaysia mendefinasikan penyakit jarang jumpa di mana mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan yang kronik. Kami kongsikan 5 fakta mengenai penyakit jarang jumpa. Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai penyakit jarang jumpa ini.

94,700 views

Diterbitkan 28 Feb

⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. 🔎 Lakukan pemeriksaan mulut kendiri. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

94,100 views

Diterbitkan 27 Feb

Cuaca panas boleh memberi kesan negatif pada tubuh apabila terdedah terlalu lama kepada suhu persekitaran yang tinggi. Oleh itu, amalkan tip kekal sihat semasa cuaca panas untuk mengelakkan dari terkena strok haba

92,900 views

Diterbitkan 23 Feb

Panduan bagi Pesakit Diabetes Semasa Cuaca Panas. 👉 Minum air secukupnya 👉 Elak minum minuman bergula, beralkohol dan berkafein 👉 Lakukan ujian gula dalam darah lebih kerap 👉 Jangan simpan ubat diabetes di bawah sinar matahari atau di dalam kereta panas Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

108,000 views

Diterbitkan 22 Feb

Kanser hati seringkali tidak menunjukkan gejala atau tanda- tanda awal namun, terdapat simptom yang boleh dikaitkan dengan kanser jenis ini antaranya, rasa sakit dan ada ketulan pada di bahagian kanan perut, loya dan muntah-muntah serta keletihan dan hilang berat badan. Statistik menunjukkan, terdapat kira-kira 48,639 penghidap kanser baharu dan 29,530 kematian akibat kanser dilaporkan pada tahun 2020. Manakala data Registri Kanser Malaysia melaporkan sejumlah 168,822 kes kanser baru bagi tempoh 5 tahun bermula tahun 2017 hingga tahun 2021. Kanser payudara, diikuti kanser kolorektal, kanser paru-paru, kanser limfoma dan kanser hati merupakan lima (5) kanser dengan insiden tertinggi dilaporkan bagi tempoh yang sama.

110,000 views

Diterbitkan 21 Feb

Lakukan perkara-perkara ini untuk kekal sihat pada musim panas. ✔️ Minum air kosong secukupnya ✔️ Kurangkan aktiviti di luar rumah ✔️ Kurangkan pengambilan minuman berkafein, alkohol dan bergula. ✔️ Gunakan pendingin hawa atau kipas untuk sejukkan badan ✔️ Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang ✔️ Pakai topi atau payung untuk melindungi diri dari pancaran haba matahari

107,000 views

Diterbitkan 20 Feb

Segera dapatkan rawatan sekiranya anda selesema, batuk, asma, sakit mata atau mendapat jangkitan paru-paru yang kronik.

101,000 views

Diterbitkan 16 Feb

Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa peka dengan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. Pengurangan pengambilan gula dapat memberi lebih manfaat terhadap kesihatan. Jom! Mulakan tabiat baharu yang lebih menyokong kepada budaya hidup sihat dengan mengehadkan pengambilan gula dalam rutin pemakanan harian anda.

122,000 views

Diterbitkan 14 Feb

Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan. Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.

119,000 views
12•••5•••10•••15•••1920212223•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 21 daripada 84Seterusnya