TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 22 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 13 Feb
‘Microsleep’ boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan. 🥱Tersengguk-sengguk 🥱Mata terkebil-kebil 🥱Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu 🥱Tatapan mata kosong ✔️Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.
Diterbitkan 10 Feb
Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa. Ikuti saranan KKM untuk mencuci tangan dengan betul terutamanya pada musim perayaan ini bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dari tangan yang tercemar.
Diterbitkan 9 Feb
Nampak sihat tidak semestinya anda sihat. Lakukan saringan kesihatan, cegah awal, sihat sepanjang hayat. #ANMS#sihatmilikku
Hashtags
Diterbitkan 8 Feb
Selamat menyambut Tahun Baharu Cina. Bina kemesraan dengan saling berkunjungan tetapi elakkan diri daripada dijangkiti demam denggi. Lindungi diri daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan produk penghalau nyamuk. Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan demam denggi.
Diterbitkan 7 Feb
Jom amalkan "berjalan 10,000 langkah" setiap hari sebagai budaya hidup sihat anda disamping dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. Jangan bertangguh lagi! Ayuh kita mulakan SEKARANG
Diterbitkan 6 Feb
❗️Amalan mencuci tangan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan penyakit. 💦Tangan yang bersih boleh mengelakkan kuman daripada merebak daripada seseorang individu kepada individu yang lain dan dalam kalangan komuniti termasuk di dalam persekitaran rumah, tempat kerja dan sekolah. Oleh itu, amalkan kebersihan tangan dengan kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan (hand sanitizer)
Diterbitkan 5 Feb
Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. Ketahui apakah yang menyebabkan radang tonsil dan rawatan yang boleh dilakukakan ke atas pesakit sebagai langkah pencegahan.
Diterbitkan 4 Feb
Diterbitkan 4 Feb
Pemberian imunisasi pneumokokal adalah bertujuan untuk mencegah penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan radang telinga tengah, radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis). Pemberian vaksin pneumokokal dapat mengoptimumkan perlindungan daripada penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi pneumokokal dengan membuat janji temu di klinik kesihatan berhampiran.
Diterbitkan 31 Jan
𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀? 📌Penyakit yaws adalah antara Penyakit Tropika Terabai (NTD) yang masih lagi terdapat dan dikesan di sekitar kawasan pedalaman. Penghidap penyakit ini boleh membawa kepada kecatatan kekal sekiranya tidak dirawat dengan sempurna. "Bersatu, Bertindak dan Hapuskan" "Ke arah Eliminasi Yaws di Malaysia Menjelang 2030"
Diterbitkan 30 Jan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 11 November hingga Mac 2024. Peningkatan curahan hujan berikutan Musim Monsun Timur Laut ini boleh menyumbang kepada peningkatan bekas berpotensi pembiakan nyamuk Aedes. Justeru, masyarakat disarankan bersama-sama melakukan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan denggi semasa dan selepas banjir. Masyarakat perlu mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
Diterbitkan 29 Jan
📌Seharian di tempat kerja kadang kala menyebabkan pekerja berasa mudah stress dan kepenatan. 💪😍 Jom kita lakukan bersama tip seperti yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk kita meningkatkan flesibiliti diri terutamanya dalam melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada produktiviti ketika bekerja.