TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini1,314,000Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 23 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 29 Jan

Dengan rawatan yang sempurna penyakit kusta boleh disembuhkan sepenuhnya. Lakukan saringan kusta sekiranya anda seorang kontak kepada pesakit kusta atau mengalami tanda seperti dikongsikan. Saringan boleh dibuat di semua fasiliti kesihatan Kerajaan sekiranya anda mempunyai tanda atau simptom pada kulit dan tubuh badan anda. #hentikanKusta #beatleprosy

100,000 views

Diterbitkan 27 Jan

Pemberian imunisasi pneumokokal adalah bertujuan untuk mencegah penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan radang telinga tengah, radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis). Pemberian vaksin pneumokokal dapat mengoptimumkan perlindungan daripada penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi pneumokokal dengan membuat janji temu di klinik kesihatan berhampiran.

106,000 views

Diterbitkan 24 Jan

Di Malaysia 🇲🇾, kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki selepas kanser kolon dan paru-paru. 📌Dikongsikan amalan pencegahan kanser prostat sebagai panduan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kanser prostat, mohon agar segera ke klinik kesihatan terdekat untuk menjalani pemeriksaan. Jika penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal, peluang sembuh adalah tinggi.

112,000 views

Diterbitkan 23 Jan

Bagi mangsa-mangsa yang terkesan teruk akibat bencana banjir serta mengalami perubahan emosi dan psikologi, anda tidak keseorangan.❤️ ☎️Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Heal with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam "Hentikan Stigma" "Kesihatan Mental Milik Semua"

115,000 views

Diterbitkan 22 Jan

⚽️🏀⛹️‍♀️Aktiviti fizikal yang bersesuaian mengikut tahap umur banyak memberi pelbagai manfaat khususnya dari kesihatan fizikal, sahsiah dan kesihatan mental. Penglibatan yang aktif dalam aktiviti fizikal mampu menyumbang ke arah pencapaian kecergasan pada tahap optimum dan kesejahteraan kehidupan secara menyeluruh. Mari bersama-sama dalam mengamalkan tingkah laku budaya hidup sihat demi kelestarian kehidupan.

115,000 views

Diterbitkan 19 Jan

😇Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal. Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri. Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami. 💪☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam. "KESIHATAN MENTAL MILIK SEMUA" "HENTIKAN STIGMA"

115,000 views

Diterbitkan 18 Jan

🩺Setiap lapisan masyarakat perlu bertanggungjawab, bertindak proaktif dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang meningkat. 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐬, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐠𝐢, 𝐜𝐡𝐢𝐤𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐳𝐢𝐤𝐚.

102,000 views

Diterbitkan 17 Jan

KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET MENANGANI DENGGI 1. Pada tahun 2023, sejumlah 123,133 kes #denggi telah dilaporkan berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 86.3%. Namun berkurang 5.4% berbanding tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19). Jumlah kematian akibat komplikasi demam denggi adalah sebanyak 100 kematian dilaporkan pada tahun 2023 berbanding 56 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2022. 2. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi ini adalah mesyuarat kali pertama pada tahun ini dan bertujuan untuk menggembleng usaha dan tindakan bersepadu dalam pencegahan dan kawalan denggi di Malaysia, melibatkan pelbagai kementerian dan agensi strategik melibatkan 14 kementerian, semua Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani isu denggi di Malaysia. 3. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bilangan 1/2024 ini telah memutuskan perkara-perkara berikut: a. Meningkatkan keupayaan sumber melalui kolaborasi dengan agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan termasuk penubuhan Task Force bersama GLC. b. Mempertingkatkan keupayaan sumber melalui penyumberluaran2 aktiviti kawalan dan pencegahan denggi seperti semburan dan larvisiding. c. Memperkukuhkan kepimpinan setempat melalui penglibatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam jawatankuasa kawalan dan pencegahan denggi peringkat negeri dan daerah. d. Program pelepasan nyamuk #aedes#berwolbachia telah dilaksanakan di 32 lokaliti melibatkan 7 negeri bermula tahun 2019. Dari ini sebanyak 19 lokaliti telah lengkap 2 tahun 6 minggu dan penilaian keberkesanan menunjukkan penurunan kes denggi 45% hingga 100% berbanding sebelum pelepasan. Jawatankuasa Kabinet mencadangkan perluasan pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia melalui pertambahan 10 lokaliti baru bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia yang memerlukan dana sebanyak 4 juta setahun bagi menampung kos operasi. e. Jawatankuasa Kabinet juga mencadangkan penglibatan PBT dengan menjadikan pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia sebagai Projek Angkat oleh PBT. f. Aktiviti #gotongroyongroyong secara berjadual di premis seliaan kementerian, jabatan dan agensi dijadikan agenda tetap dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Daerah dan Negeri. Selain itu, kempen dan gotong royong secara besarbesaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, pemimpin setempat dan masyarakat akan dilaksanakan pada tahun 2024. g. Satu kertas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) akan dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu yang menggariskan langkah-langkah menangani denggi untuk persetujuaan Jemaah menteri. 4. Diharapkan dengan keputusan-keputusan yang diambil ini dapat meningkatkan pelaksanaan langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi sebelum ia menjadi lebih serius. 5. Saya menyeru semua rakyat mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, #Chikungunya dan #zika . Sekian, terima kasih. TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA PUTRAJAYA 15 JANUARI 2024 #kkmmalaysia#bebasdenggi

107,000 views

Diterbitkan 16 Jan

👥Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula. 📢Salah faham dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula sejak kecil, boleh menyebabkan gigi rosak dan obesiti akibat makanan dan minuman manis yang tidak terkawal.

113,000 views

Diterbitkan 15 Jan

Perkataan 'ditidurkan' menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar informasi tidak tepat dapat dibendung penyebarannya. Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ianya tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Maklumat sahih hanya boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

103,000 views

Diterbitkan 14 Jan

COVID-19 akan kekal berada dengan kita. Walau bagaimanapun, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan risiko mendapat komplikasi teruk sekiranya dijangkiti. Lima (5) tindakan utama yang boleh dilakukan adalah: 1) Pemakaian pelitup muka mengikut saranan semasa KKM. 2) Melakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala. 3) Melakukan pengasingan kendiri atau menjalani HSO jika positif COVID-19. 4) Mendapatkan rawatan awal dan ubat antiviral Paxlovid bagi golongan berisiko tinggi yang layak. 5) Digalakkan mengambil vaksin COVID-19 bagi golongan berisiko tinggi.

110,000 views

Diterbitkan 12 Jan

Pemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit. Manakala, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori, individu berisiko tinggi, terutama ketika berada di tempat yang sesak dan semasa berada dalam pengangkutan awam, berdasarkan penilaian kendiri. BERSAMA KITA CAKNA TERHADAP LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19

116,000 views
12•••5•••10•••15•••202122232425•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 23 daripada 84Seterusnya