TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini440,000Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 31 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 13 Jun

Hubungi Klinik Kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu imunisasi pneumokokal anak anda. Bawa buku rekod kesihatan kanak-kanak 0-6 tahun (KKM) dan Rekod Imunisasi (Swasta) semasa menghadiri sesi janji temu. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

31,300 views

Diterbitkan 13 Jun

Longkang dan sistem pengumpulan air hujan yang tersumbat dan menakung air berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes. Lakukan pembersihan. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. #ANMS#KekalSihat#OneHourMalaysiaCleanUp#GotongRoyongMegaOnePointZero#TiadaAedesTiadaDenggi#JomKitarSemula#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

39,100 views

Diterbitkan 13 Jun

Dakwaan yang menyatakan penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan kesihatan adalah tidak benar. Tabiat menghisap rokok elektronik atau vape bagi jangka masa panjang boleh mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius. Oleh itu, orang ramai perlu mengambil inisiatif menghentikan tabiat menghisap rokok elektronik atau vape agar dapat mencegah EVALI agar dapat bernafas dengan baik hingga ke akhir hayat.

59,300 views

Diterbitkan 9 Jun

Berikut adalah senarai hospital yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok. Hubungi talian yang tertera untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan berhenti merokok. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

86,000 views

Diterbitkan 9 Jun

Perluasan pemberian imunisasi pneumokokal dilaksanakan bermula 1 Jun 2023 sehinggan 31 Mei 2024. Semua kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2019 dan belum pernah menerima imunisasi pneumokokal layak menerima imunisasi ini. Hubungi Klinik Kesihatan KKM berdekatan atau daftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan janji temu imunisasi pneumokokal. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

51,000 views

Diterbitkan 9 Jun

Lengkapkan imunisasi anak anda bagi mengurangkan risiko mereka daripada mendapat penyakit berjangkit yang boleh membawa maut seperti batuk kokol. Hubungi klinik yang berdekatan dengan segera sekiranya anda terlepas tarikh janji temu imunisasi anak anda. *Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

20,700 views

Diterbitkan 9 Jun

Cawan plastik / kertas yang dibuang merata boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Jom kitar semula! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. #ANMS#KekalSihat#OneHourMalaysiaCleanUp#GotongRoyongMegaOnePointZero#TiadaAedesTiadaDenggi#JomKitarSemula#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

23,200 views

Diterbitkan 9 Jun

Perbuatan merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan perokok tetapi juga orang sekeliling terutamanya kanak-kanak. Apabila seseorang merokok, kesan-kesan sisa tembakau masih melekat pada baju, kulit dan rambut. Sehubungan itu, orang sekeliling terutamanya kanak-kanak tidak boleh dianggap bebas daripada bahaya rokok apabila perokok merokok di luar bangunan. Oleh itu, orang ramai terutamanya kanak-kanak hendaklah menjauhi perokok agar dapat mengurangkan risiko kesihatan yang berpunca daripada sisa asap basi seperti masalah saluran pernafasan, serangan asma, perkembangan otak terencat dan jangkitan paru-paru.

22,300 views

Diterbitkan 9 Jun

Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi pneumokokal. Pengambilan imunisasi pneumokokal boleh mengelakkan komplikasi seperti meningitis, gangguan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan kematian. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

32,800 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••2930313233•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 31 daripada 84Seterusnya