TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 32 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 9 Jun
Tip Keselamatan Makanan Hari Keselamatan Makanan Sedunia #TIP 1 : PEMBELIAN BAHAN MENTAH YANG BERSIH DAN SELAMAT ✅ Segar ❌ Tidak berkulat atau berulat #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama #tipskeselamatanmakanan #foodsafetytips
Diterbitkan 8 Jun
Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2023. Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan usaha mendidik orang awam untuk menyedari bahawa kita berhak bersuaran untuk udara yang bebas dari asap rokok. Ayuh sertai kempen ini Suarakan Hak Anda, Speakout! Pelbagai acara dan pertandingan akan diadakan. Scan Qr untuk mendaftar dan dapatkan hadiah lumayan. #kekalaktiflupakanrokok #BuskingSihatTanpaAsapRokok #utamakanmakananbukanrokokdemikesihatan Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Diterbitkan 8 Jun
Nyamuk Aedes aktif pada waktu awal pagi dan lewat petang. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. #ANMS#KekalSihat#OneHourMalaysiaCleanUp#GotongRoyongMegaOnePointZero#TiadaAedesTiadaDenggi#JomKitarSemula#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 8 Jun
👍Pemilihan makanan yang bersih dan selamat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti penyakit bawaan air dan makanan, khususnya keracunan makanan. 🧑🍳Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau meminum minuman yang telah tercemar dengan bahan pencemar seperti kuman, serpihan kaca, logam dan sebagainya akibat amalan pengendalian makanan yang kurang bersih dan tidak selamat. ✅💪Pengguna dinasihatkan untuk perhati dan pilih sebelum membeli makanan atau minuman. Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq
Diterbitkan 8 Jun
Tip Keselamatan Makanan Hari Keselamatan Makanan Sedunia #TIP 4 Tahukah anda kita tidak dapat menilai tahap keselamatan makanan dengan sekadar memeriksa dan menghidu. #WorldFoodSafety2023 #tipskeselamatanmakanan #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Diterbitkan 8 Jun
Tip Keselamatan Makanan Hari Keselamatan Makanan Sedunia #TIP 3 Adakah anda tahu selamat untuk makan makanan yang jatuh atas lantai kurang dari 5 saat? #WorldFoodSafety2023 #tipskeselamatanmakanan #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Diterbitkan 7 Jun
Kepentingan Pengambilan Vaksin untuk Jemaah Haji https://fb.watch/k-Vf77m--D/
Diterbitkan 7 Jun
Tip Keselamatan Makanan Hari Keselamatan Makanan Sedunia #TIP 2 Tahukah anda bahawa makanan beku tidak selamat untuk mencairkan ia di ruangan suhu bilik ? #WorldFoodSafety2023 #tipskeselamatanmakanan #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
Diterbitkan 7 Jun
Ia kecil.. tapi boleh membunuh! Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. #ANMS#KekalSihat#OneHourMalaysiaCleanUp#GotongRoyongMegaOnePointZero#TiadaAedesTiadaDenggi#JomKitarSemula#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 7 Jun
🍚🍜🍲Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut pada 7 Jun 2023. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Food Standards Save Lives". Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia ini, KKM ingin menyeru agar orang ramai dapat terus cakna dan menitik beratkan keselamatan makanan agar sentiasa terhindar daripada keracunan makanan; mendapat akses kepada makanan yang selamat dan berkualiti; serta mengamalkan pengendalian makanan yang bersih dan selamat. Oleh itu, jadilah sebahagian daripada yang mempunyai peranan dalam memupuk kesedaran terhadap keselamatan makanan sebagai tanggungjawab bersama.
Diterbitkan 7 Jun
Hari ini, 7 Jun merupakan Hari Keselamatan Makanan Sedunia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya keselamatan makanan. Mengangkat tema "Food Standard Save Lives," sambutan pada tahun ini menunjukkan betapa pentingnya peranan standard makanan bagi memastikan keselamatan dan kualiti makanan serta pentingnya komitmen pihak yang menghasilkan atau mengendalikan makanan tersebut mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan. Aplikasi standard dalam penghasilan makanan adalah amat penting bagi memastikan makanan yang sampai kepada pengguna adalah bebas daripada sebarang pencemaran baik dari segi pencemaran fizikal, biologi mahupun kimia; yakni SELAMAT. Sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas keselamatan makanan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan komited dalam memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan di negara ini. Sentiasa ingat, KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA. Ayuh, bersama-samalah kita berganding bahu dan bekerjasama bagi memastikan penghasilan makanan yang selamat bermula dari ladang hingga ke meja pengguna. Dan, sebagai pengguna, cakna dan celik dan sentiasa pastikan makanan yang diambil adalah selamat untuk dimakan. Selamat Menyambut Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023. #DrZaliha#DrZ #KKM#MalaysiaMADANI Link berita: https://fb.watch/k-KBB3DYI0/?mibextid=Nif5oz
Hashtags
Diterbitkan 7 Jun
Tobacco Endgame merupakan satu sasaran yang telah ditetapkan oleh Pakar Kesihatan NCD global untuk mencapai peratusan merokok kurang daripada 5% (<5%). Bagi mencapai sasaran tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan satu peruntukan baharu di bawah Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam iaitu peruntukan Generasi Penamat Rokok iaitu satu bentuk perlindungan kepada Generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya daripada bahaya sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape. Oleh itu, #GenerasiPenamatRokok disarankan untuk tidak terlibat dengan sebarang akitiviti yang melibatkan produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape. #SayaSokongGenerasiPenamatRokok