TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini615,800Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 39 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 22 Mei

🧳🧳 Sempena musim haji yang bakal menjelang tidak lama lagi, ramai jemaah haji akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah tersebut. Jemaah haji terutamanya warga emas lazimnya akan membawa ubat-ubatan ke Tanah Suci. Ubat-ubatan perlu disimpan dengan betul sepanjang perjalanan ke Tanah Suci bagi memudahkan pengambilannya seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Oleh itu, jemaah haji disarankan untuk mengikuti panduan pengurusan ubat-ubatan dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk memastikan masa pengambilan ubat dipatuhi 💊💊

51,200 views

Diterbitkan 22 Mei

Hari Tanpa Tembakau 2023. Asap rokok menyumbang pada pencemaran udara dan peningkatan suhu dunia serta perubahan iklim. Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan. #ANMS#KekalSihat#speakout#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

44,300 views

Diterbitkan 22 Mei

Go Away HFMD! Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15am with Dr. Vickneshwaran Muthu from Disease Control Division, KKM. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku

39,400 views

Diterbitkan 22 Mei

👨‍👩‍👦‍👦👨‍👩‍👦‍👦Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan. Salah faham berkaitan penyakit Tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan. Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia untuk menamatkan Tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.🫁🫁

41,300 views

Diterbitkan 22 Mei

KENYATAAN MEDIA Kementerian Kesihatan Malaysia 20 Mei 2023 Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid035iiukBKmKLB7afqJTTfuAm164hdcSjX8mRpj4BriaE2b9D8F7ABvRwqyYTEt64Vjl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz

46,600 views

Diterbitkan 20 Mei

🫁 Terdapat golongan tertentu yang berisiko untuk mendapat tuberkulosis. Sila semak sekiranya anda tergolong dalam kumpulan risiko ini, pastikan anda menjalani saringan tuberkulosis. 🩺Sekiranya anda mempunyai gejala batuk dan demam berpanjangan melebihi dua minggu, anda berisiko untuk mendapat penyakit tuberkulosis. ❗Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab dalam usaha untuk mengakhiri tuberkulosis di Malaysia.👨‍👩‍👧‍👧

60,500 views

Diterbitkan 20 Mei

Cuci permainan dan peralatan anak anda dengan pencuci berasaskan klorin dan air. Larang anak anda dari memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

52,100 views

Diterbitkan 19 Mei

Sekiranya anak anda demam, hilang selera makan dan terdapat ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat.. Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

58,100 views

Diterbitkan 19 Mei

Cuaca panas yang berselang-seli dengan hujan berpotensi menyumbang peningkatan populasi nyamuk Aedes di persekitaran. Semua pihak perlu bekerjasama bagi menjaga kebersihan persekitaran dalam langkah pencegahan gigitan nyamuk Aedes. 1. Buang sampah di tempat yang ditentukan 2. Lakukan semburan aerosol di dalam bilik darjah atau ruang kerja sebelum memulakan sesi persekolahan setelah tamat cuti sekolah dengan menyasarkan tempat tersembunyi dan gelap. 3. Galakkan pelajar sekolah menggunakan bahan repelan pada anggota badan yang terdedah apabila menjalankan aktiviti di luar bilik darjah bagi mencegah gigitan nyamuk.

53,000 views

Diterbitkan 19 Mei

☀️☀️ Berikutan daripada cuaca panas, setiap individu berpotensi mengalami kehilangan air dari tubuh seterusnya mengalami dehidrasi. Terdapat beberapa jenis buah-buahan tempatan dan import yang mengandungi kandungan air yang tinggi.🍉🥭 Oleh itu, orang ramai disarankan untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan berjus bagi mengekalkan status hidrasi agar kekal sihat.💧💧

50,300 views

Diterbitkan 18 Mei

Jangan bawa anak keluar jika bergejala seperti demam, ulser pada tekak, mulut dan lidah dan ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki. Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

62,300 views

Diterbitkan 18 Mei

Gigitan anjing liar boleh menyebabkan penyakit Rabies. Sekiranya digigit anjing liar, segera cuci bahagian yang digigit dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

56,700 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••3738394041•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 39 daripada 84Seterusnya