TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini552,000Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 37 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 30 Mei

Cuci tangan menggunakan air dan sabun selepas menyentuh haiwan peliharaan. Dapatkan rawatan jika digigit atau dicakar haiwan. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

37,000 views

Diterbitkan 30 Mei

Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun. Dikongsikan 7️⃣ langkah mencuci tangan dengan betul. Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih. ✅ Amalkan membasuh tangan dengan betul. ✅ Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.

50,000 views

Diterbitkan 26 Mei

❗️🇲🇾Pada tahun 2023, sehingga Minggu Epidemiologi (ME19) iaitu sehingga 13 Mei 2023, sebanyak 9,822 kes dilaporkan. Walaupun ia lebih rendah berbanding kes yang dilaporkan pada tahun 2022 bagi tempoh sama iaitu 31,622 tetapi terdapat peningkatan kes HFMD dikesan bermula pada ME 18/2023 (tempoh 30 April hingga 6 Mei 2023) melepasi paras purata kebangsaan iaitu 722 kes seminggu . Pada ME 19/2023 (tempoh 7 hingga 13 Mei 2023) pula, bilangan kes telah melebihi paras amaran (alert) kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu. ✅KKM akan terus menjalankan langkah pencegahan dan kawalan penyakit HFMD. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai HFMD di portal MyHealth.

78,000 views

Diterbitkan 26 Mei

Hai adik-adik. Seronok kan cuti sekolah, tapi sebelum bercuti tu pastikan adik dan kawan-kawan melakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran sekolah. Barulah boleh bercuti dengan gembira. #TiadaAedesTiadaDenggi #Cari Dan Musnah #10minitseminggu Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

37,700 views

Diterbitkan 26 Mei

Penjagaan Kesihatan Bakal Haji Tahniah buat tetamu Allah yang dijemput menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Tapi jangan lupa membuat persediaan secukupnya bagi memastikan ibadah haji dapat ditunaikan dengan sempurna. https://fb.watch/kLL6DjNkSV/?mibextid=Nif5oz

36,500 views

Diterbitkan 26 Mei

Cegah HFMD. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan. Amalkan 7 langkah cuci tangan dengan betul. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

40,600 views

Diterbitkan 26 Mei

Cegah Rabies. Elak menyentuh haiwan liar termasuk anjing dan kucing liar sama ada hidup atau mati. Dapatkan rawatan jika digigit atau dicakar haiwan. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

48,100 views

Diterbitkan 25 Mei

Tindakan Ibu Bapa bagi Mengelakkan Kanak-kanak Terkena Strok Haba. Gejala seperti kelesuan, hilang tumpuan, marah dan tantrum adalah antara perubahan tingkah laku anak yang perlu diambil perhatian ketika cuaca panas. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

52,400 views

Diterbitkan 25 Mei

Cegah HFMD. Kerap cuci permainan dan peralatan anak anda dengan larutan campuran klorin. Larang anak anda daripada memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

45,400 views

Diterbitkan 25 Mei

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia 25 Mei 2023 MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

37,100 views

Diterbitkan 25 Mei

Pihak sekolah digalakkan untuk melakukan saringan gejala (gatekeeping) di pintu masuk bagi mengawal jangkitan HFMD di kalangan kanak-kanak. Pastikan anak-anak murid yang sihat sahaja dibenarkan hadir ke kelas. Perhatikan tanda dan gejala pada anak-anak. Cegah HFMD, Terus Waspada. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

41,900 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••353637383940•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 37 daripada 84Seterusnya