TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini507,100Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 38 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 25 Mei

Cegah Rabies. Walaupun satu luka, perlukan tindakan segera. Dapatkan rawatan jika digigit atau dicakar haiwan. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

42,800 views

Diterbitkan 25 Mei

Penjagaan Kesihatan Bakal Haji Saksikan menerusi FB Live TV Alhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Azah binti Abdul Samad, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku

39,700 views

Diterbitkan 24 Mei

Tip dan perkara yang boleh dilakukan untuk memberi keselesaan ketika musim panas ✅ Rancang perjalanan, elak keluar pada waktu panas puncak ✅ Pakai pakaian longgar dan berwarna cerah sekiranya perlu keluar ✅ Banyakkan minum air kosong #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

45,200 views

Diterbitkan 24 Mei

Jika anda digigit, dicakar atau terkena air liur haiwan, cuci bahagian tubuh yang digigit dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit. Pastikan vaksin anti-rabies lengkap berdasarkan jadual janji temu yang diberi oleh doktor. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

41,200 views

Diterbitkan 24 Mei

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Jun dan sehingga kini sudah 28 kematian akibat denggi. Kalau Disember nanti berapa pula kematian. Ayuhlah kawan-kawan kita banteras Aedes agar kematian akibat denggi ini dapat kita kurangkan. #TiadaAedesTiadaDenggi #CariDanMusnah #10minitseminggu Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

38,300 views

Diterbitkan 24 Mei

Cuaca panas akan mengaktifkan hipotalamus yang akan menyebabkan badan berpeluh. Hipotalamus juga akan menjejaskan fungsi asas seperti lapar dan dahaga. Apabila kurang tidur, mood terganggu dan akan menjejaskan produktiviti. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

46,000 views

Diterbitkan 24 Mei

Bantuan penurunan berat badan juga disediakan oleh Unit Pendidikan Kesihatan di hospital. Dapatkan senarai hospital yang menawarkan perkhidmatan ini di laman sesawang Infosihat (www.infosihat.gov.my) #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

44,400 views

Diterbitkan 23 Mei

Malaysia as the lead country for the ASEAN Emergency Operation Centre (EOC) Network is very honoured to welcome all the delegates from LaoPDR, Cambodia, Indonesia, Myanmar and Vietnam to Malaysia for Training Through Attachment at Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Ministry Of Health Malaysia. As we know, ASEAN is prone to natural disasters and other emergencies, making emergency response readiness a crucial aspect of the region's security. The EOC officers play a vital role in managing emergency response operations. However, training, and equipping EOC officers with the necessary skills and knowledge are essential to enhancing their effectiveness in managing emergencies. Therefore, the Disease Control Division of the Ministry of Health Malaysia collaborates with the ASEAN Secretariat and Global Affairs Canada (GAC) to conduct Strengthening the ASEAN EOC Network: Training through the Attachment for ASEAN Member States (AMS) EOC Officers at the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Ministry of Health Malaysia (MOH). This training is designed to enhance the skills and knowledge of EOC officers in managing emergency response operations. The officers will gain practical experience and exposure to different emergency situations, access to best practises and lessons learned from other countries, and the opportunity to build relationships and networks with other EOC officers. The training curriculum includes various activities, such as workshops, field visits, attachments, and tabletop exercises, to provide EOC officers with practical experience in managing different emergency situations. The Attachment Programme also presents opportunities for strengthening collaboration and coordination among ASEAN countries in managing emergencies. I hope that this 4 days attachment will make the most of this opportunity to learn and grow.

51,900 views

Diterbitkan 23 Mei

37,500 views

Diterbitkan 23 Mei

Berhenti merokok adalah satu proses bermula daripada menetapkan tarikh berhenti sehingga berjaya mengekalkan tingkah laku tidak merokok. Dapatkan senarai hospital yang menyediakan bantuan berhenti merokok di laman sesawang Infosihat (www.infosihat.gov.my) #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

37,900 views

Diterbitkan 23 Mei

Asing dan elak anak anda bergaul dengan anak yang lain jika mempunyai gejala seperti demam, ruam atau ulser. Bawa anak anda ke klinik untuk rawatan dengan segera. Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

39,400 views

Diterbitkan 23 Mei

Penularan penyakit HFMD semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan. Pastikan ibu bapa sentiasa peka dengan keadaan kanak-kanak dan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM. Gunakan Pengesan Penyakit Berjangkit dalam aplikasi MySejahtera bagi mengenal pasti kes-kes aktif disekeliling anda. Sumber: MySejahtera

42,800 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••353637383940•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 38 daripada 84Seterusnya