TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini530,900Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 44 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 3 Mei

Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO) di bawah Akta 342 masih lagi berkuatkuasa sehingga kini. Bagi individu yang positif COVID-19, tempoh masa kuarantin wajib dijalankan selama 7 hari. Walau bagaimanapun, pelepasan awal boleh diberikan sekiranya keputusan ujian COVID-19 yang diselia oleh pengamal perubatan negatif bermula pada hari ke-empat jangkitan.

47,900 views

Diterbitkan 3 Mei

Hi geng, banyak ke pergi rumah terbuka. Min nak ingatkan je kalau pergi rumah terbuka tu lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes. Sampah buang dalam tong sampah yang disediakan yer. #TiadaAedesTiadaDenggi #10minitseminggu #CariDanMusnah

38,000 views

Diterbitkan 3 Mei

KENYATAAN MEDIA MAKLUM BALAS KENYATAAN MEDIA BERKENAAN KEMATIAN KANAK-KANAK DISYAKI STROK HABA DI KLUANG Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk kepada laporan sebuah akhbar atas talian pada 2 Mei 2023 berkenaan kes kematian seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang disyaki disebabkan strok haba di daerah Kluang, Johor. Terlebih dahulu pihak JKNJ ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Adalah dimaklumkan siasatan yang telah dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati bahawa kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari. Sebab kematian telah disahkan sebagai Septic Shock secondary to Meningoencephalitis, dan tiada kaitan dengan Strok Haba seperti dilaporkan dalam media. JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Sekian, terima kasih. DR. HJ. MOHTAR BIN PUNGUT@HJ. AHMAD PENGARAH KESIHATAN NEGERI JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR 2 Mei 2023 https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02n9EgpdXCqYcdTn4qsnnDAqt2EENHVSbdKmFHoRKsPGJqZqNgJ1XPNMmZvrcwbTWQl&id=100064261016705&mibextid=Nif5oz

34,100 views

Diterbitkan 3 Mei

🫁Asma merupakan penyakit yang melibatkan penyempitan saluran pernafasan apabila pesakit asma terdedah dengan pencetus serangan asma. Antara pencetus asma adalah habuk, bulu haiwan, udara tercemar dan sebagainya. Pendedahan terhadap faktor tersebut boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti sesak nafas, nafas berbunyi dan kesukaran bernafas. Oleh itu, penghidap asma perlu menjauhi pencetus asma agar dapat bernafas dengan baik dan dapat mengelakkan gejala asma.

29,800 views

Diterbitkan 3 Mei

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang dilanda cuaca panas dengan suhu yang tinggi. Keadaan cuaca panas juga memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan. Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.

38,600 views

Diterbitkan 3 Mei

Kulat dalam makanan boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan. Pengambilan makanan yang tercemar dengan kulat akan mendatangkan gejala-gejala yang tidak diingini yang boleh memudaratkan kesihatan. Selain itu, kulat dalam makanan boleh menyebabkan perubahan berlaku pada makanan dan menjejaskan kualiti makanan. Oleh itu, langkah pencegahan perlu diamalkan bagi memastikan makanan tidak dicemari kulat.

42,500 views

Diterbitkan 2 Mei

Asma merupakan antara penyakit tidak berjangkit yang biasa berlaku dan memberi tekanan kepada beban kesihatan awam. Ramai beranggapan asma hanya menyerang kanak-kanak tetapi sebenarnya asma boleh berlaku pada semua peringkat usia. Penghidap asma tidak membataskan seseorang untuk bersenam jika terkawal. Serangan asma boleh dicegah dan penghidap asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Hari Asma Sedunia disambut pada 2 Mei 2023 untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini.

51,300 views

Diterbitkan 2 Mei

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 25 April 2023 mengenai sirap ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup buatan QP Pharmachem Ltd. (Punjab, India) yang tercemar dengan diethylene glycol dan ethylene glycol melebihi had yang dibenarkan. Orang awam adalah diminta untuk berhati- hati dan mengambil langkah tindakan proaktif dengan melaporkan sebarang aduan mengenai produk ini melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my. Anda juga boleh membuat laporan di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau menghubungi talian 03-78413200 untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil oleh KKM.

48,200 views

Diterbitkan 1 Mei

AUSSH ..! Sitkom Promosi Kesihatan Pertama di Malaysia. Sitkom ANMS akan menemui anda di siaran TV1, RTM mulai 8 Mei 2023, selama 2 minggu, Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam. Saksikan gelagat lucu para pelakon Sitkom ANMS antaranya Liza Abdullah, Acong Sweetchild, Nadia Mustafar, Roy Azman dan ramai lagi! Hibur, hibur juga, mesej kesihatan tak dilupa! Jom tunggu depan TV dan saksikan pelakon hebat anda menyampaikan mesej kesihatan dengan lawak santai! #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

47,200 views

Diterbitkan 1 Mei

Musim Panas Mempengaruhi Mental dan Emosi Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.00 pagi di TV1 bersama Dr. Nursyahirah Mohd Rosdi, Pegawai Perubatan dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku

49,600 views

Diterbitkan 1 Mei

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Amaran WHO Mengenai Sirap Ubat Batuk Tercemar Buatan QP Pharmachem Ltd (Punjab,india): Guaifenesin Syrup Tg Syrup

45,800 views

Diterbitkan 1 Mei

🍶 Ketika menyambut lebaran, kehadiran tetamu di rumah terbuka biasanya disajikan dengan pelbagai jenis aneka minuman panas dan sejuk. ❌Minuman manis biasanya dihidangkan untuk para tetamu yang bertandang ke rumah terbuka. Namun, para tetamu disarankan supaya meningkatkan pengambilan air kosong kerana dapat memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

57,900 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••4243444546•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 44 daripada 84Seterusnya