TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini621,000Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 43 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 6 Mei

Awasi anak anda semasa cuaca panas. Pastikan mereka 👦👧 👉 Tidak bermain di luar semasa panas terik ☀️. 👉 Kerap minum air kosong 🥤. 👉 Gunakan payung ☂️ / topi 🧢 ketika berada di luar. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

66,700 views

Diterbitkan 5 Mei

56,200 views

Diterbitkan 5 Mei

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan situasi semasa kes pertusis (batuk kokol ) di Malaysia. Bilangan kes pertusis di Malaysia telah menurun dengan mendadak pada tahun 2020 hingga 2021 semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Sehingga 28 April 2023 pada tahun ini, sebanyak 132 kes pertusis dengan dua kematian dilaporkan di seluruh Malaysia. Jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas, sebanyak 495 kes dicatatkan (penurunan sebanyak 73.3%). Orang awam disarankan untuk berwaspada terhadap jangkitan batuk kokol dengan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

50,400 views

Diterbitkan 5 Mei

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Situasi Terkini COVID-19 Di Malaysia Bagi Minggu Epidemiologi Ke - 17 / 2023 (23 April 2023 – 29 April 2023)

40,000 views

Diterbitkan 5 Mei

Anak-anak selalunya akan leka bermain walaupun di bawah panas terik. Ini meningkatkan risiko dehidrasi dan kejadian strok haba. Awasi anak anda semasa bermain. Jangan biarkan mereka bermain di bawah panas terik. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

43,400 views

Diterbitkan 5 Mei

Adik-adik, Ingat ya, terus amalkan tip berikut bagi mengelakkan terkena strok haba. Pastikan badan kekal terhidrat dengan pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari. Kurangkan aktiviti di luar dan sekiranya perlu, pastikan adik-adik memakai pakaian yang sesuai, topi atau payung 🧢 #kekalsihat #HePiLI Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

56,500 views

Diterbitkan 4 Mei

🌞Fenomena cuaca panas yang melanda negara menyebabkan seseorang berisiko untuk mengalami dehidrasi akibat kehilangan air daripada badan. 💦Air memainkan fungsi penting kepada tubuh manusia sebagai pembawa zat, menyerap haba, menjaga aliran darah serta membuang sisa berlebihan daripada badan. 📌Orang ramai disarankan agar meningkatkan pengambilan air semasa cuaca panas kerana hidrasi yang baik dapat membantu mengekalkan suhu tubuh pada paras normal bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan baik.

68,100 views

Diterbitkan 4 Mei

Saksikan video gimik pelancaran Sitkom ANMS yang telah berlangsung pada 3 Mei 2023. Video ini memaparkan petikan kesemua 8 episod Sitkom ANMS yang akan mula ditayangkan di saluran TV1, RTM pada 8 hingga 18 Mei 2023, 10.30 malam.

44,400 views

Diterbitkan 4 Mei

Gambar di sekitar Majlis Pelancaran Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) petang tadi. Sitkom promosi kesihatan pertama di Malaysia ini akan menyampaikan mesej-mesej promosi kesihatan melalui pendekatan penerbitan sitkom. Sitkom 8 episod berdurasi 30 minit ini menampilkan cerita dalam bentuk santai. Harapan KKM agar mesej yang disampaikan itu meninggalkan kesan dan secara tidak langsung dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang lebih sihat. Sitkom ANMS akan ditayangkan di saluran TV1, RTM setiap Isnin hingga Khamis, selama 2 minggu, jam 10.30 malam bermula 8 hingga 18 Mei ini. https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0XxZNVdHJYLjKXNe9ifX8Pf5ayaybm8gNko4LmhmfQfmn5NXv9bkh3Ni2YRpaSX2zl&id=100068159346549&mibextid=Nif5oz #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku

47,300 views

Diterbitkan 3 Mei

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Situasi Semasa Kes Pertussis (Batuk Kokol) Di Malaysia

54,500 views

Diterbitkan 3 Mei

KESIHATAN | Cuaca Panas: Awasi Serangan Strok Haba Ikuti perkongsian bersama Dr.Thahirahtul Asma’ Binti Zakaria, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Sektor Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia. https://www.facebook.com/ikimfm/videos/221790510486038 Sumber: IKIMfm

47,900 views

Diterbitkan 3 Mei

Saksikan Majlis Pelancaran Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) menerusi FB Live KKM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) pada pukul 4.30 petang nanti. Sitkom ANMS ini merupakan sitkom promosi kesihatan pertama di Malaysia dan akan menemui anda di siaran TV1, RTM mulai 8 Mei 2023, selama 2 minggu, Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam. Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

45,600 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••404142434445•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 43 daripada 84Seterusnya