TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini380,000Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 57 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 23 Mac

Setiap minggu kes demam denggi meningkat. Min berasa bimbang dengan tren peningkatan ini. Bukan apa, dalam kesibukan kita menyambut Ramadan pasti kita akan alpa untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes. Jangan nanti orang lain sibuk mengerjakan amal ibadat tapi kita terlantar di hospital. Jadikan rumah kita bebas daripada pembiakan Aedes. Jom amalkan 10 minit seminggu walaupun dalam bulan puasa. #TiadaAedesTiadaDenggi #10minitseminggu #CariDanMusnah Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

19,100 views

Diterbitkan 23 Mac

Perkenalkan MyCHAMPION Community Health Agent kepada komuniti anda. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

18,400 views

Diterbitkan 23 Mac

Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 6. Bagaimanakah cara untuk saya menempah slot janji temu klinik pergigian melalui Aplikasi MySejahtera? #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

19,300 views

Diterbitkan 23 Mac

TIP PENYIMPANAN MAKANAN DALAM PETI SEJUK Pengendali Makanan Di Rumah Kediaman (HomeBased) ⚠️ Pastikan : ❌ TIDAK MELEBIHI MUATAN MAKSIMUM ❄️ SUHU DALAM JULAT YANG BETUL 🐔🍱ASINGKAN RUANG BAHAN JUALAN & MAKANAN DIRUMAH ✅ BEKAS & RAK PENYIMPANAN BERSIH #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

20,300 views

Diterbitkan 23 Mac

PANDUAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN BERMASAK OLEH KATERER / PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) ✅ Guna bekas yang bersih ✅ Asingkan kedudukan bahagian nasi dan lauk-pauk ✅ Asingkan bungkusan lauk-pauk & bungkusan nasi ⚠️ Ingat, cara pembungkusan yang betul amat penting bagi memastikan sesuatu makanan itu selamat untuk dimakan❗️ #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

22,400 views

Diterbitkan 23 Mac

Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 5. Apakah slot tarikh dan masa yang terdapat di fungsi Janji Temu untuk ditempah? #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

23,600 views

Diterbitkan 23 Mac

Kenyataan Media KPK 22 Mac 2023 – Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: 1. FLASHHSKINZZ MOIST SUNSCREEN 2. SERENE TREATMENT CREAM 3. TEMPIAS HAWA MASTER RECOVERY SKIN RSKIN 4. KARISMA PREVENTING DAY CREAM 5. SL TWO KUNYIT 6. SL TWO SARANG BURUNG https://kpkesihatan.com/2023/03/22/kenyataan-media-kpk-22-mac-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/

41,000 views

Diterbitkan 22 Mac

Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 4. Di fasiliti kesihatan manakah yang saya boleh menempah janji temu? #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

52,900 views

Diterbitkan 22 Mac

Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 3. Siapakah yang boleh menggunakan fungsi Janji Temu? #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

47,200 views

Diterbitkan 21 Mac

TIBI masih wujud. Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Siti Hafsah Abdul Halim, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku

45,700 views

Diterbitkan 21 Mac

Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 2. Apakah perkhidmatan yang boleh ditempah melalui fungsi Janji Temu? #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

39,600 views

Diterbitkan 21 Mac

Kenyataan Media KPK 21 Mac 2023 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi Ke 11 Tahun 2023 (12 – 18 Mac 2023) Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 18 Mac 2023 (ME 11/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 5,047,040; Kumulatif kes sembuh: 5,000,457 kes; Purata kes aktif : 9,481 kes; Kumulatif kes kematian: 36,972 kes; dan Kumulatif kluster: 7,173 kluster (kluster aktif: 2 kluster). Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 10/2023 dan ME 11/2023: Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 18.0 peratus (1,566 kes kepada 1,848 kes); Bilangan kes sembuh menurun sebanyak13.7 peratus (1,423 kes kepada 1,228 kes); dan Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 150.0 peratus (2 kes kepada 5 kes). https://kpkesihatan.com/2023/03/21/kenyataan-media-kpk-21-mac-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-11-tahun-2023-12-18-mac-2023/

30,500 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••555657585960•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 57 daripada 84Seterusnya