TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini536,800Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 59 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 19 Mac

‼️ Layari aplikasi MySejahtera untuk tempahan janji temu Pemeriksaan Kesihatan Pergigian buat diri anda serta keluarga secara BERFASA: Fasa 1: Bermula 20 Mac 2023 penggunaan di semua klinik pergigian di Negeri Melaka dan Pulau Pinang Fasa 2: Bermula Mei 2023 perluasan ke klinik pergigian seluruh negara #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

51,100 views

Diterbitkan 19 Mac

5% - 10% kontak Tibi berisiko mendapat Tibi dalam tempoh 2 tahun. Pemeriksaan kontak membolehkan diagnosa dan rawatan awal diberikan. Jika disahkan dijangkiti Tibi, rawatan akan diberi selama 6 bulan. #ANMS#KekalSihat#YesWeCanEndTB#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

53,900 views

Diterbitkan 15 Mac

Kes demam denggi semakin meningkat. Tidakkah ada perasaan takut dalam hati kita jika terkena demam denggi? Denggi boleh membawa maut ye kengkawan. Jangan anggap ringan demam denggi ini. Jangan sampai ada kalangan ahli keluarga kita maut akibat denggi, nak menyesal pun dah tak berguna. Bertindak sebelum terlewat. #TiadaAedesTiadaDenggi #CariDanMusnah #10minitseminggu

88,400 views

Diterbitkan 15 Mac

Nafas Baharu Bermula Ramadan Saksikan menerusi FB Live TVAlhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Prof. Dr. Mohamad Haniki bin Nik Mohamed dari Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) , Rakan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku

59,900 views

Diterbitkan 15 Mac

Min sangat bersimpati dengan nasib mereka yang ditimpa musibah banjir. Sama-samalah kita doakan mereka diberikan kekuatan mengharungi dugaan ini. Apa yang min harapkan agar masyarakat sama-sama memastikan tiada peningkatan kes demam denggi selepas banjir surut. Pastikan tiada tempat yang boleh Aedes membiak. #TiadaAedesTiadaDenggi #10minitseminggu Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

33,800 views

Diterbitkan 15 Mac

Berhenti Merokok Semudah A-B-C-D Pada Bulan Ramadan. Ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada perokok untuk berhenti merokok. A - Berazam membantu perokok untuk berhenti merokok B - Bimbing perokok untuk mendapatkan bantuan C - Tanya khabar perokok yang ingin berhenti supaya mereka rasa dihargai D - Tegur dan beri nasihat secara berhemah dan sopan #ANMS#KekalSihat#speakout#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

26,600 views

Diterbitkan 15 Mac

Nak pergi bercuti atau pulang ke kampung? Jangan lupa bawa bersama ubat-ubatan yang berkenaan. Bagi pesakit yang menghidapi penyakit kronik, pastikan bekalan ubat adalah mencukupi semasa bercuti. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

24,600 views

Diterbitkan 15 Mac

PEMANJANGAN WAKTU OPERASI SELEPAS WAKTU PEJABAT DI KLINIK-KLINIK KESIHATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) KKM memaklumkan Pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat yang dilaksanakan di 52 buah klinik kesihatan yang dikenalpasti bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital. Waktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu. Bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad-Khamis dari 5.00 petang - 9.30 malam dan 8.00 pagi - 12.00 tengahari pada hari Sabtu. Perkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Jumaat (bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor) dan Ahad (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan, dan Johor) serta Cuti Umum. Walau bagaimanapun, waktu operasi & hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat. https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02cmT4pKZPZ59JyNT19XQrh5kfSTymGFSA6LfrxyPBhrtxRRsd7YErptmjUDNEimkml

27,400 views

Diterbitkan 15 Mac

Hapus Aedes sangat mudah. Hanya luangkan 10 Minit Cari Dan Musnahkan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. #10minit Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut. #SihatSepanjangHayat#ANMS#MyHEALTHKKM#sihatmilikku Kredit : Amandalyn Chen Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

30,400 views

Diterbitkan 15 Mac

Ke mana yer nak bercuti semasa cuti sekolah ni? walau ke mana sahaja perancangan percutian kita jangan sesekali bagi Aedes membiak di persekitaran dalam dan luar rumah kita. Sebelum meninggalkan rumah pastikan tiada tempat-tempat yang boleh untuk Aedes membiak yer...mudah jer cuma ambil masa 10 minit untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan yang berpotensi untuk Aedes membiak... Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

57,300 views

Diterbitkan 15 Mac

National TB Seminar in conjunction with World TB Day 2023 will be held on 13 & 14 March 2023 at Auditorium Perdana Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. The seminar will be officiate by Datuk Dr. Norhayati Rusli, Deputy Director General of Public Health, MOH. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit

59,100 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••5758596061•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 59 daripada 84Seterusnya