TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini407,700Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 58 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 21 Mac

Soalan-soalan lazim Fungsi Janji Temu MySejahtera 1. Apakah fungsi Janji Temu? #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

35,800 views

Diterbitkan 21 Mac

Sesi persekolahan kembali. Ibu bapa pastikan anak sihat dan tidak mempunyai gejala seperti demam, hilang selera makan serta ulser dan ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki. Bersama cegah HFMD. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

42,800 views

Diterbitkan 20 Mac

Paxlovid bertindak dengan mengurangkan replikasi virus COVID-19 dalam badan pesakit yang dijangkiti. #ANMS#KekalSihat#COVID19#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

51,800 views

Diterbitkan 20 Mac

Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar. Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Dapatkan rawatan segera jika bergejala. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

50,000 views

Diterbitkan 19 Mac

Cegah Leptospirosis semasa banjir. Seseorang individu boleh dijangkiti leptospirosis dengan cara kontak langsung dengan air tercemar atau mengambil makanan dan minuman tercemar. Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah seperti jangan main air atau lopak air semasa dan selepas banjir, uruskan sampah dan bersihkan persekitaran rumah untuk mengelak daripada menjadi tempat pembiakan tikus dan pakai peralatan perlindungan diri semasa melakukan kerja-kerja pembersihan. Segera dapatkan rawatan jika anda mempunyai simptom Leptospirosis. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

47,500 views

Diterbitkan 19 Mac

Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar. Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak. Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

33,600 views

Diterbitkan 19 Mac

Sesi baru persekolahan bakal bermula. Sebelum itu, pastikan kawasan sekolah bersih daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes. Periksa dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti di tangki septik, alas pasu bunga dan palong air hujan. Layari idengue.mysa.gov.my untuk maklumat kes denggi terkini dan kawasan wabak aktif denggi. #ANMS#KekalSihat#TiadaAedesTiadaDenggi#10minit#sihatmilikku

23,500 views

Diterbitkan 19 Mac

Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae. Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan. Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

23,500 views

Diterbitkan 19 Mac

Teruja dengan ciri akan datang di MySejahtera iaitu Tempahan Janji Temu Pemeriksaan Kesihatan Pergigian? Anda boleh imbas kod QR di infografik ini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan fungsi ciri ini. #AplikasiKesihatanAwam #gerbangkesejahteraandigitalanda #MySejahtera Sumber: MySejahtera

22,000 views

Diterbitkan 19 Mac

Jangkitan TB Laten (LTBI) merupakan keadaan tindak balas sistem imun badan yang berterusan terhadap rangsangan antigen Mycobacterium Tuberculosis tanpa ada bukti klinikal TB aktif. Antara ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan LTBI adalah ujian X-ray dada, ujian kulit tuberkulin (TST) atau ujian serologi IGRA. Penghidap TB Laten tidak mempunyai gejala TB, sentiasa berasa sihat dan tidak menjangkiti orang lain namun boleh menjadi TB jika tidak dirawat. #ANMS#KekalSihat#YesWeCanEndTB#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

23,200 views

Diterbitkan 19 Mac

52 buah klinik kesihatan terpilih terlibat dalam pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital. Waktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam (Isnin hingga Jumaat) dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Sabtu). Bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Johor, waktu operasi dari 5.00 petang hingga 9.30 malam (Ahad hingga Khamis) dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sabtu). Berikut merupakan senarai klinik-klinik yang terlibat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

25,100 views

Diterbitkan 19 Mac

Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir 👉 Tutup tong sampah 👉 Tutup makanan dengan sempurna 👉 Lap dan bersihkan meja selepas makan 👉 Pasang jaring atau perangkap yang sesuai 👉 Jangan buang sisa makanan merata-rata 👉 Kenal pasti kawasan hurungan 👉 Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

28,900 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••555657585960•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 58 daripada 84Seterusnya