TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 67 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 23 Jan
Kenyataan Akhbar 21 Januari 2023 Pelanjutan Jangka Hayat Produk Vaksin COVID-19 Convidecia
Diterbitkan 23 Jan
Di musim perayaan dan cuti panjang ini. Orang Ramai adalah digalakkan untuk terus mengamalkan kawalan kendiri menerusi TRIIS sekiranya bergejala dan juga amalkan 3W serta elakkan 3S/3C. - KPK KKM -
Diterbitkan 23 Jan
Saranan ketika sambutan Tahun Baru Cina ✅ Lakukan ujian pengesanan COVID-19 jika bergejala ✅ Elakkan berkumpul jika bergejala ✅ Pakai pelitup muka apabila berada ditempat yang sesak ✅ Individu yang berisiko tinggi digalakkan memakai pelitup muka semasa melakukan aktiviti dengan orang lain #ANMS#KekalSihat#COVID19#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 23 Jan
Dah bersedia pulang beraya? Waspada Microsleep. Berhenti memandu jika mengantuk. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 22 Jan
‘Microsleep’ boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan. 🥱 Tersengguk-sengguk 🥱 Mata terkebil-kebil 🥱 Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu 🥱 Tatapan mata kosong Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat (RnR) sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.
Diterbitkan 22 Jan
SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN PERJALANAN JAUH DI MUSIM PERAYAAN INI? Pastikan anda berada dalam keadaan yang terbaik ketika memandu. 'Microsleep' yang terjadi terutamanya sewaktu memandu sangat merbahaya. Nyawa tiada ganti. Dikongsikan simptom dan langkah bagi mencegah microsleep.
Diterbitkan 22 Jan
Tahun Baru Cina bakal tiba. Lakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sebelum berkumpul atau berkunjung untuk sambutan Tahun Baru Cina. Lindungi golongan berisiko tinggi daripada jangkitan COVID-19 #ANMS#KekalSihat#COVID19#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 22 Jan
Kenyataan Media Menteri Kesihatan Peningkatan Pengambilan Vaksinasi COVID-19
Diterbitkan 19 Jan
MAKLUMBALAS NPRA BERHUBUNG ARTIKEL BERTAJUK ‘U.S. FDA, CDC SEE EARLY SIGNAL OF POSSIBLE PFIZER BIVALENT COVID SHOT LINK TO STROKE’ 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengambil maklum artikel yang telah diterbitkan oleh REUTERS bertajuk ‘U.S. FDA, CDC see early signal of possible Pfizer bivalent COVID shot link to stroke’ yang diterbitkan pada 15 Januari 2023. 2. Untuk makluman, Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM kali ke-379 yang bersidang pada 13 Disember 2022 telah memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana kepada produk vaksin COVID-19 COMIRNATY Original/Omicron BA.4-5 (15mcg/15mcg) Solution for Injection dari pemegang pendaftaran produk Pfizer (M) Sdn. Bhd. dan pengilang BioNTech Manufacturing GmbH, Germany. 3. Secara ringkasnya, informasi daripada United States Food and Drug Administration (U.S. FDA) dan U.S Centers for Disease Control and Prevention (CDC) tersebut merupakan pemakluman berkenaan satu signal keselamatan yang telah dikesan daripada salah satu pangkalan data pemonitoran keselamatan iaitu Vaccine Safety Datalink (VSD). Semua signal keselamatan yang dikesan perlu disiasat dan dinilai terlebih dahulu sebelum disahkan. Namun begitu, setakat ini tiada signal keselamatan ischaemic stroke dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di Amerika Syarikat (contohnya Vaccine Adverse Event Reporting System – VAERS), iaitu susulan penggunaan vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19. Analisis lanjut juga tidak mengesahkan signal keselamatan tersebut. Pemonitoran keselamatan vaksin COVID-19 di negara-negara rujukan yang lain juga tidak mengesan isu keselamatan ini. 4. Berdasarkan data yang telah dikemukakan kepada NPRA oleh pihak syarikat pemegang pendaftaran produk, Pfizer Sdn Bhd, tiada pelaporan kes strok untuk vaksin Comirnaty Bivalent COVID-19 di dalam kajian klinikal yang dijalankan. Memandangkan vaksin ini telah diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat pada 13 Disember 2022, pihak syarikat mesti mengemukakan data keselamatan terkini secara berperingkat selepas vaksinasi (post-vaccination). 5. Seperti makluman umum, vaksin ini belum digunakan di Malaysia. NPRA akan mengikuti rapat data serta analisis di negara-negara rujukan mengenai vaksin bivalent ini dan akan terus memantau keselamatan semua vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 18 Januari 2023 https://kpkesihatan.com/2023/01/18/kenyataan-media-kpk-18-januari-2023-maklumbalas-npra-berhubung-artikel-bertajuk-u-s-fda-cdc-see-early-signal-of-possible-pfizer-bivalent-covid-shot-link-to-stroke/
Diterbitkan 18 Jan
Influenza : Musuh Senyap Saksikan di TikTok Live sekarang : https://vt.tiktok.com/ZS8Bbdtuu/
Diterbitkan 18 Jan
Adakah anda perlu mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19? Adakah anda telah mendapatkan 2 dos pertama vaksin COVID-19 (dos primer)? Jika belum, dapatkan semua dos vaksin COVID-19 yang disyorkan. Jika tarikh vaksinasi tersebut antara 4 hingga 6 bulan lepas atau tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi serta pertugas kesihatan, dapatkan dos penggalak COVID-19 dengan segera. Jika tidak, ikuti saranan KKM dan dapatkan dos penggalak apabila anda layak. #ANMS#KekalSihat#COVID19 #LindungDiriLindungSemua#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 18 Jan
Mulai 1 Januari 2023, MySejahtera memudahkan urusan anda untuk tempah janji temu khidmat kesihatan. Hanya di hujung jari! Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti rawatan pesakit luar, saringan pra-perkahwinan dan pemeriksaan kesihatan. Jom ikuti langkah-langkah bagaimana menempah janji temu melalui aplikasi MySejahtera. Tempah janji temu khidmat kesihatan di fasiliti kesihatan pilihan anda sekarang. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags