TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini451,800Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 66 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 26 Jan

Dalam sekelip mata 3 tahun telah berlalu negara kita berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kes pertama COVID-19 dikesan pada 25 Januari 2020, negara merekodkan kes COVID-19 pertama, ketika itu masih dikenali 2019-nCoV. Malaysia setakat 24 Januari 2023 melaporkan sejumlah 5,035,073 kes keseluruhan, 36,932 kes kematian & seramai 4,988,143 orang telah sembuh daripada virus ini. Kita masih berada di fasa peralihan ke endemik, patuhilah kepada saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; elakkan 3S, amalkan 3W, amalkan TRIIS & dapatkan vaksin COVID-19 dos primer/dos penggalak. Sekalung penghargaan kepada semua staf barisan hadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam membendung penularan Covid-19. Salam takziah juga kepada individu yang telah kehilangan ahli keluarga atau pun kenalan akibat COVID-19 ini. Marilah kita terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ‎مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً Maksudnya: “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” ‎Semoga Allah SWT selamatkan kita semua daripada COVID19. Insya Allah - KPK KKM -

51,000 views

Diterbitkan 26 Jan

34,900 views

Diterbitkan 26 Jan

Denggi : Gigitan Berbisa Aedes Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nazlinda Abu Jazid Javis dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

28,900 views

Diterbitkan 26 Jan

Untuk bakal pengantin yang belum membuat saringan pra perkahwinan, Tempah janji temu saringan pra perkahwinan di fasiliti kesihatan berdekatan anda, melalui aplikasi Mysejahtera. Dengan hanya klik di hujung jari, slot janji temu anda dapat ditempah. Mudah kan? #mysejahtera #gerbangkesejahteraandigitalanda #AplikasiKesihatanAwam Sumber: MySejahtera

28,800 views

Diterbitkan 26 Jan

Perbuatan membersihkan microwave menggunakan mop yang sama untuk lantai boleh menyebabkan pencemaran silang. Tindakan mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan ini boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera, tifoid, Disentri, Hepatitis A dan keracunan makanan. Tindakan di bawah Akta Makanan 1983 boleh diambil ke atas premis kerana pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko. Sekiranya anda melihat amalan pengendalian makanan yang tidak selamat dan berisiko, salurkan aduan anda melalui Sistem Pengurusan Maklumbalas Awam, SisPAA di https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

29,700 views

Diterbitkan 26 Jan

Jika anda golongan ibubapa, pastikan anak anda mendapat imunasi yang sepatutnya. Bagaimana? Rujuk dan ketahui jadual Imunisasi Kebangsaan terkini untuk anak-anak anda. Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut. #SihatSepanjangHayat#ANMS#MyHEALTHKKM#sihatmilikku Kredit: Qayyumjawi Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

33,200 views

Diterbitkan 26 Jan

Happy New Year! Here's to an amazing year ahead and let the previous one remind us of the lessons we've learned and blessings we've gained. Let us continue to fight the good fight against the COVID-19 and make this a better year for everyone! #ANMS#KekalSihat#COVID19#StrongerTogetherMalaysia#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

28,400 views

Diterbitkan 26 Jan

Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir. Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran. Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

26,600 views

Diterbitkan 26 Jan

Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir 👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol 👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan 👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir 👉 Jangan merokok di pusat pemindahan 👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

31,300 views

Diterbitkan 26 Jan

Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia Larangan Penjualan Rokok Elektronik/ Vape Bernikotin Yang Menyerupai Permainan Kanak-kanak

31,000 views

Diterbitkan 26 Jan

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 21 Januari 2023 (ME 3/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 5,034,521; Kumulatif kes sembuh: 4,987,642 kes; Kumulatif kes kematian: 36,932 kes; dan Kumulatif kluster: 7,169 kluster (kluster aktif: 5 kluster). Perbandingan antara ME 2/2023 dan ME 3/2023: Bilangan kes sembuh pada ME 3/2023 menurun sebanyak 27.6 peratus(3,288 kes kepada 2,379 kes); Bilangan kes baharu pada ME 3/2023 menurun sebanyak 17.3 peratus (2,525 kes kepada 2,088 kes) ; Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 17.1 peratus (2,497 kes kepada 2,071 kes); dan Bilangan kes import menurun sebanyak 39.3 peratus (28 kes kepada 17 kes). Bilangan kes kematian pada ME 3/2023 menurun sebanyak 29.4 peratus (34 kes kepada 24 kes); dan Purata kes aktif setiap hari bagi ME 3/2023 menurun sebanyak 7.9 peratus(10,901 kes kepada 10,042 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/01/23/kenyataan-media-kpk-23-januari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-15-21-januari-2023/

53,900 views

Diterbitkan 23 Jan

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikannya…min dan team caridanmusnah berharap agar semua menjaga kesihatan dan lindungi diri dari gigitan nyamuk Aedes…semoga kita semua terhindar dari dijangkiti demam denggi. #caridanmusnah #10minit Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

74,100 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••6465666768•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 66 daripada 84Seterusnya