TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini430,800Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 69 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 12 Jan

Kadar kematian kes (CFR) untuk COVID-19 adalah kiraan yang menunjukkan peratusan kematian yang disahkan COVID-19 dibahagikan dengan jumlah kes yang disahkan COVID-19. Data menunjukkan CFR terendah adalah dalam kumpulan individu yang mengambil dos penggalak. Manakala kadar CFR tertinggi dalam kumpulan yang tidak divaksinasi. Faktor risiko utama kematian ialah umur, jantina dan mempunyai penyakit komorbiditi. Dapatkan vaksinasi termasuk dos penggalak pertama dan kedua bagi mendapatkan perlindungan optimum daripada jangkitan COVID-19.

40,400 views

Diterbitkan 12 Jan

Dapatkan dos penggalak COVID-19 anda dengan menempah janji temu melalui MySejahtera. Ikut langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam video ini. Jangan tunggu lagi. Vaksin terbukti mampu melindungi kita daripada komplikasi serius jangkitan COVID-19. Lindung Diri, Lindung Semua. #ANMS#KekalSihat#COVID19#LindungDiriLindungSemua#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

45,500 views

Diterbitkan 11 Jan

Orang ramai boleh mendapatkan vaksin COVID-19 dengan menempah janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau menghubungi Klinik Kesihatan berhampiran. Bagi kumpulan berisiko tinggi seperti: ▪️Warga emas berumur 60 tahun ke atas ▪️Mereka yang mempunyai komorbiditi dan penyakit kronik ▪️Individu lain yang berisiko mendapat gejala teruk dan komplikasi jangkitan COVID-19 Boleh walk-in ke Klinik Kesihatan atau Hospital bermula 9 Januari 2023 tanpa perlu membuat janji temu. Vaksin termasuk dos penggalak dapat memberi perlindungan yang optimum daripada gejala serius dan mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.

48,900 views

Diterbitkan 11 Jan

COVID-19: Tiada varian baharu dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-tiada-varian-baharu-dikesan-di-malaysia-dr-noor-hisham-401172

42,400 views

Diterbitkan 11 Jan

KKM jangka tiada lonjakan kes COVID-19 semasa musim perayaan https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-jangka-tiada-lonjakan-kes-covid19-semasa-musim-perayaan-401220

38,100 views

Diterbitkan 11 Jan

Peningkatan Kes COVID-19 : Perlukah Saya Merasa Bimbang? Jangan lupa sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM #ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

30,100 views

Diterbitkan 11 Jan

Masih belum ada varian baharu selain daripada Omicron, apa yang kita kesan ialah mutasi subtype Omicron.” - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

30,200 views

Diterbitkan 11 Jan

[TERKINI] #COVID19 🔹 KKM jangka tidak berlaku lonjakan kes COVID-19 susulan musim perayaan akan datang 🔹 Tiada varian baharu COVID-19 dikesan dalam negara 🔹 SOP sekarang kekal, KKM teliti tujuh indikator sebelum buat keputusan perketat SOP sedia ada Sumber : Noor Hisham Abdullah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

29,200 views

Hashtags

Diterbitkan 11 Jan

Pemberian vaksin COVID-19 secara walk-in dan tanpa janji temu boleh mula dilakukan di Klinik Kesihatan Kerjaan dan Hospital Kerajaan mulai 9 Januari 2023. Keutamaan diberi kepada golongan berisiko tinggi. Layari https://covid-19.moh.gov.my untuk dapatkan senarai penuh Klinik Kesihatan dan hospital Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan ini. Lindung Diri, Lindung Semua. #ANMS #KekalSihat #COVID19 #LindungDiriLindungSemua #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

25,100 views

Diterbitkan 11 Jan

Dikongsikan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak. Individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian. Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti selepas tempoh yang tertentu (waning imunity), risiko kumpulan rentan untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 adalah tinggi. Oleh itu, pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah amat digalakkan, terutamanya bagi kumpulan ini.

25,400 views

Diterbitkan 11 Jan

Peningkatan Kes COVID-19 : Perlukah Saya Merasa Bimbang? Jom sertai TikTok Live @MyHealthKKM pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Dr. Tan Seok Hong dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM #ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

30,100 views

Diterbitkan 11 Jan

Walk-in saja! Anda boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara walk in di fasiliti kesihatan* berdekatan dengan anda. Imbas kod QR ini untuk senarai fasiliti kesihatan yang membenarkan walk-in. _______ Just walk in! You can get COVID-19 vaccination by walk-in to the nearest health facility*. Scan this QR code for the list of health facilities that allow walk-ins ! #mysejahtera #gerbangkesejahteraandigitalanda Sumber: MySejahtera

45,400 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••6768697071•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 69 daripada 84Seterusnya