TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini508,800Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 71 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 6 Jan

Orang ramai boleh menghubungi talian hotline COVID-19 atau emel kepada CPRC sekiranya mempunyai pertanyaan berkenaan COVID-19. Kes positif COVID-19 juga boleh menghubungi talian virtual CAC helpline jika memerlukan bantuan atau khidmat nasihat. Bermula 1 Januari 2023, waktu operasi saluran-saluran tersebut adalah seperti dikongsikan.

32,700 views

Diterbitkan 6 Jan

Pemberitahuan peringatan berkenaan maklumat janji temu yang telah ditempah di MySejahtera akan diberikan 24 jam sebelum sesi janji temu. Sila pastikan anda telah membenarkan fungsi notifikasi dalam talian untuk penetapan telefon pintar anda bagi aplikasi MySejahtera Tepati masa dan jangan lupa tarikh sesi janji temu anda! #MySejahtera #JanjiTemu #gerbangkesejahteraandigitalanda Sumber: MySejahtera

44,500 views

Diterbitkan 5 Jan

Dua subvarian Omicron COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac dan 21 Ogos 2022 lagi. Sentiasa amalkan kawalan kesihatan kendiri secara berterusan. ▫️Elakkan 3S ▫️Amalkan 3W ▫️Lakukan TRIIS sekiranya bergejala

68,200 views

Diterbitkan 4 Jan

Kenyataan Media KPK 4 Januari 2023 – Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual 1. Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: 1. Flashhskinzz Night Cream 2. Rissa Skin Moisturiser 2. Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL 3. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut: - Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit. - Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. - Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat. PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI 4. Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. 5. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM 6. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. 7. Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. Sekian. TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 4 Januari 2023 https://kpkesihatan.com/2023/01/04/kenyataan-media-kpk-4-januari-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/

49,500 views

Diterbitkan 4 Jan

📌Selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2021 - 2025, pengukuhan terhadap sistem kesihatan awam berteraskan digital perlu diperkasakan bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti. ✅Di atas inisiatif tersebut, fungsi Janji Temu menerusi MySejahtera telah dilancarkan dan boleh digunakan bermula 6 September 2022. Fungsi ini membolehkan pengguna aplikasi MySejahtera menempah janji temu bagi perkhidmatan di fasiliti kesihatan KKM. ❗Ikuti penjelasan lanjut mengenai fungsi tersebut dalam slot temu bual di RTM1, "Pendigitalan Sistem Kesihatan, Pertingkat Kecekapan Perkhidmatan" yang telah disiarkan pada 3 Januari 2023 untuk panduan bersama. https://www.youtube.com/watch?v=YhkoUoD1RtM

46,000 views

Diterbitkan 4 Jan

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja khas ke KLIA dan KLIA 2 hari ini. Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau kesiapsiagaan menerima ketibaan pengembara dari seluruh dunia susulan daripada perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa. Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapai peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan di beberapa negara termasuk negara China, pada masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan saringan demam kepada semua pengembara yang tiba dari luar negara di Pintu Masuk Antarabangsa. Mereka yang dikesan mengalami demam atau bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk kepada pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. Berita penuh : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Tbn6Twzz1JJsNMiquFA37cCfbaWFJB7MVphM8eNG5vKDJkeL9ADn4ocmJxfLr55Gl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz

34,000 views

Diterbitkan 4 Jan

Bagi varian BA.5.2, kemuncak penularan varian ini adalah sekitar bulan September-Oktober 2022, dan banyak ditemui di negara seperti Afrika Selatan, England, China dan Amerika Syarikat. Ia telah dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022. Sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes telah dijangkiti dengan BA.5.2. Kini prevalen varian ini semakin menurun di seluruh dunia. Bagi varian BF.7 pula, kemuncak penularan adalah pada Oktober 2022 dan ia banyak ditemui di negara seperti Belgium, England, Denmark dan juga China. Ianya telah dikesan di Malaysia sejak 21 Ogos 2022. Sehingga 31 Disember 2022, 3 kes telah dikesan dijangkiti dengan BF.7, iaitu seperti berikut: - kes pertama dikesan pada 21.8.2022, merupakan kes jangkitan tempatan; - kes kedua pada 6.9.2022, merupakan kes import jangkitan dari negara Turki; dan - kes ketiga pada 7.10.2022), merupakan kes jangkitan tempatan. KETUA PENGARAH KESIHATAN

27,600 views

Diterbitkan 4 Jan

Proses survelen air kumbahan dari pesawat melibatkan persampelan dan pengujian sistematik bagi air sisa yang tidak dirawat dan enap cemar pembetung. Serpihan RNA virus SARS-CoV-2 terdapat dalam najis individu yang dijangkiti virus tanpa mengira status kesihatan (gejala, asimtomatik, pra-gejala, sembuh) dan boleh dikesan dalam air kumbahan. Proses persampelan air kumbahan ini dijalankan oleh Pejabat Kesihatan (PK) KLIA dengan kerjasama pihak lapangan terbang KLIA sebelum air kumbahan ini dilepaskan ke lavatory truck ke aircraft waste disposal facilities (AWDF). Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke MKAK bagi proses pengujian seperti dikongsikan. Persampelan air kumbahan dari pesawat dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu. Penilaian risiko ini dijalankan secara berterusan oleh KKM bagi mengenalpasti negara-negara yang berisiko sebagai survelan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19.

42,400 views

Diterbitkan 3 Jan

Malaysia telah mula menjalankan survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan sejak Jun 2022. Ia bertujuan sebagai survelan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19 sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik negara. Sehingga 31 Disember 2022, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah menerima sejumlah 330 sampel air kumbahan dengan 29 sampel (8.8%) dari PMA dan 301 (91.2%) sampel dari lokasi sentinel. Seiring dengan keadaan semasa, KKM memperkukuhkan survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China akan dihantar ke MKAK untuk ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19. Hal ini membolehkan KKM memantau kemasukan varian SARS-CoV-2 dari negara China sebagai salah satu langkah kawalan dalam menghadapi situasi semasa COVID-19.

51,100 views

Diterbitkan 3 Jan

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak Februari 2022, lebih 98% varian SARS-CoV-2 yang menular di dunia adalah jenis Omicron dan hasil mutasi terutama pada domain reseptor-pengikat (receptor binding domain-RBD) dalam kalangan VOC Omicron telah menghasilkan pelbagai jenis sub susur galur (sublineage). Varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80% daripada varian yang menular di negara China turut telah dikesan di Malaysia. Langkah-langkah kesihatan awam yang perlu diambil adalah masih sama seperti yang diambil untuk VOC-LUM sebelum ini. Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; • Elakkan 3S; • Amalkan 3W; • Amalkan TRIIS; • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala; • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

33,800 views

Diterbitkan 3 Jan

📌Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau situasi semasa perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa, khususnya melalui sidang media terkini oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 💪 KKM komited untuk terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19 seperti yang pernah dialami semasa varian Delta melanda seluruh dunia, termasuk Malaysia. #LindungDiriLindungSemua

24,500 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••6970717273•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 71 daripada 84Seterusnya