TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini421,700Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 72 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 3 Jan

Seiring dengan keadaan semasa, survelan air kumbahan PMA ini akan turut melibatkan sampel dari negara China. Ini akan membolehkan KKM memantau kemasukan varian SARS-CoV-2 dari negara China sebagai salah satu langkah kawalan dalam menghadapi situasi semasa ini. KETUA PENGARAH KESIHATAN

20,400 views

Diterbitkan 3 Jan

Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam. Perkara ini akan diumumkan dengan segera oleh WHO kepada semua negara anggota WHO serta penduduk secara am. KETUA PENGARAH KESIHATAN SURVELAN PERSEKITARAN COVID-19 MENGGUNAKAN AIR KUMBAHAN Malaysia telah mula menjalankan survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan sejak Jun 2022. Ia bertujuan sebagai survelan sokongan (Supplementary Surveillance) bagi COVID-19 sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik negara. Objektif survelan ini bertujuan sebagai amaran awal melalui pengesanan kehadiran virus SARS-CoV-2 dalam sampel air kumbahan, memberi gambaran tren kepekatan virus SARS-CoV-2 dan mengenalpasti varian SARS-CoV-2 yang terdapat dalam komuniti serta memantau keberkesanan intervensi kawalan COVID-19 secara amnya. Ia melibatkan sampel dari dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) serta lima belas lokasi sentinel bagi mewakili setiap negeri di Malaysia. Bagi lokasi sentinel di setiap negeri, sampel air kumbahan diambil dari loji rawatan kumbahan terpilih oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkenaan. Sebanyak dua (2) atau tiga (3) sampel diambil dari setiap lokasi sentinel setiap bulan mengikut keperluan. Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bagi proses pengujian. Bagi sampel dari PMA pula, penilaian risiko dijalankan secara berterusan bagi mengenalpasti negara-negara yang berisiko. Hasil penilaian ini, kesemua penerbangan dari negara yang dikenalpasti kemudiannya diteliti dengan lebih lanjut oleh Pejabat Kesihatan (PK) KLIA. Secara amnya semua air kumbahan kapal terbang akan dibawa keluar dari kapal terbang melalui lavatory truck ke aircraft waste disposal facilities (AWDF) dan proses ini diselaraskan oleh pihak Airport Ground Handler. Setelah penerbangan yang disasarkan dikenalpasti, proses persampelan air kumbahan ini dijalankan oleh PK KLIA dengan kerjasama pihak lapangan terbang KLIA sebelum air kumbahan ini dilepaskan ke AWDF. Sampel-sampel ini kemudiannya dihantar ke MKAK bagi proses pengujian. Persampelan air kumbahan dari pesawat dijalankan sebanyak dua (2) kali seminggu. Bagi survelan air kumbahan dari pesawat ini, sebanyak 1 liter sampel air kumbahan diambil dari pesawat terpilih dan dihantar ke MKAK. Sampel air kumbahan yang telah dikumpul dan diterima di makmal akan dijalankan proses konsentrasi virus diikuti proses pengekstrakan RNA virus SARS-CoV-2. Seterusnya, proses amplifikasi dan pengesanan virus akan dilakukan menggunakan kaedah Realtime RT-PCR menggunakan kit khas bagi sampel air kumbahan. Bagi sampel positif dengan nilai CT ≤ 30, ujian penjujukan genom penuh akan dilakukan bagi mengesan varian, sublineage, dan mutasi bagi virus berkenaan. Keputusan ujian seterusnya dikongsikan dengan Pegawai Epidemiologi bagi analisis dan pengumpulan data terperinci untuk melihat tren sebagai survelan berterusan dan proses intervensi. Sehingga 31 Disember 2022, MKAK telah menerima sejumlah 330 sampel air kumbahan dengan 29 sampel (8.8%) dari PMA dan 301 (91.2%) sampel dari lokasi sentinel. Bagi 29 sampel dari PMA ini, hasil pengujian MKAK menunjukkan 28 sampel (96.5%) mempunyai kehadiran SARS-CoV-2 dengan varian Omicron dan satu (1) masih dalam proses pengujian. Daripada 28 sampel ini, lima belas (15) daripadanya iaitu 53.6% telah lengkap ujian WGS dan didapati sublineage dominan yang dikesan adalah BA.5, BA.2, BA.2.75, dan BA.2.12. Manakala bagi 301 sampel lokasi sentinel, 288 (95.7 peratus) dikesan kehadiran SARS-CoV-2, tiga (3) tidak dikesan manakala sepuluh (10) masih dalam proses pengujian. Daripada 288 sampel positif Omicron ini, 32 (11.1 peratus) telah lengkap ujian WGS dengan sublineage dominan yang dikesan adalah BA.5, BA.2, BA.2.75 dan BA.2.12.

20,300 views

Diterbitkan 3 Jan

OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾: PENULARAN PELBAGAI VARIAN DI MALAYSIA HASIL SURVELAN GENOM SARS-COV2 Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak Februari 2022, lebih 98 peratus varian SARS-CoV-2 yang menular di dunia adalah jenis Omicron dan hasil mutasi terutama pada domain reseptor-pengikat (receptor binding domain-RBD) dalam kalangan VOC Omicron telah menghasilkan pelbagai jenis sub susur galur (sublineage). Terdapat beberapa susur galur dari Omicron yang mempunyai kepentingan kesihatan awam disebabkan kadar jangkitan yang lebih tinggi serta kadar immune escape yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, WHO di atas nasihat WHO Technical Advisory Group on SARS-CoV-2 Virus Evolution (TAG-VE) telah mewujudkan terma ”Lineage Under Monoitoring” (LUM). Pada masa ini terdapat 5 sublineage Omicron yang telah dikelaskan sebagai LUM termasuk BA.5, BA.2.75, BA.4.6, XBB, dan BA.2.3.20. Semua jenis LUM tersebut sudah dikesan di Malaysia tetapi dalam peratusan yang berbeza. Hasil survelan genomik SARS-CoV-2 di Malaysia terkini iaitu sepanjang Disember 2022, menunjukkan dominasi varian XBB di Malaysia, iaitu varian ini merangkumi sebanyak 55.4 peratus daripada bilangan sampel yang berjaya menjalani penjujukan genom; diikuti dengan varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus). Ini menunjukkan bahawa varian XBB masih merupakan varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak bulan Oktober 2022. Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian Lineage Under Monitoring (LUM) WHO. Data daripada negara-negara lain yang telah mengalami penularan XBB seperti Singapura dan India menunjukkan peningkatan bilangan kes jangkitan semula terutama dalam kalangan penduduk yang dijangkiti semasa gelombang Delta atau dijangkiti oleh VOC Omicron sekurang-kurang 6 bulan lalu. Kejadian jangkitan semula adalah disebabkan kejadian immune escape yang lebih tinggi oleh XBB. Ini mungkin disebabkan oleh tahap antibodi yang sudah mula berkurangan dan menyebabkan jangkitan semula tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian, adalah disarankan supaya golongan yang mempunyai masalah kesihatan mengambil dos penggalak kedua supaya sistem imun dapat bersedia untuk sebarang jangkitan semula. Berdasarkan maklumat terkini, WHO Technical Advisory Group on SARS-CoV-2 Virus Evolution (TAG-VE) berpendapat bahawa ciri-ciri phenotype XBB tidak banyak berubah berbanding dengan sublineage Omicron yang lain sebelum ini, dari segi keperluan tindakan kesihatan awam, walaupun terdapat penambahan mutasi yang dikaitkan dengan immune escape. Langkah-langkah kesihatan awam adalah masih sama seperti yang diambil untuk VOC-LUM sebelum ini. Walaupun varian-varian SARS-CoV-2 ini boleh menyebabkan jangkitan semula, namun belum ada data yang menunjukkan ia mengakibatkan jangkitan serius sehingga menyebabkan kemudaratan atau kematian. Ini menunjukkan pemberian vaksin telah berhasil menyediakan sistem pertahanan imun untuk sebarang jangkitan varian-varian SARS-CoV-2 dan mengelakkan kemerosotan kesihatan. Sementara itu, di negara China pula, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada varian yang menular di negara tersebut pada masa ini. Kedua-dua varian ini tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO. Walau bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China. Kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 telah juga dikesan di Malaysia. Setakat 31 Disember, 2022 terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga (3) kes yang dijangkiti dengan BF.7. Walau bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.

21,100 views

Diterbitkan 3 Jan

‼️KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, 2 JANUARI 2023.‼️ - SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 52 TAHUN 2022 (25 DISEMBER – 31 DISEMBER 2022)

21,600 views

Diterbitkan 3 Jan

28,600 views

Diterbitkan 3 Jan

‼️KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, 2 JANUARI 2023.‼️

41,000 views

Diterbitkan 2 Jan

‼️Situasi COVID-19 di Malaysia dalam keadaan terkawal. Namun, harus diingatkan bahawa virus COVID-19 masih berada di sekeliling kita. 👍Sentiasa amalkan 3W, Elak 3S, ambil vaksin dan dos penggalak, serta lakukan TRIIS sekiranya bergejala. ⚠️Walaupun kebanyakan gejala jangkitan adalah ringan, tetapi mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas, mempunyai ko-morbid serta tidak divaksin, berisiko lebih tinggi mendapat gejala teruk.

51,400 views

Diterbitkan 2 Jan

KENYATAAN MEDIA YB MENTERI KESIHATAN 📌 Pemantauan Rapi dan Berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia Terhadap Situasi Semasa COVID-19

41,700 views

Diterbitkan 2 Jan

Pemberian vaksin COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) dan tanpa perlu janji temu boleh mula dilakukan di Klinik Kesihatan dan hospital kerajaan bermula 9 Januari 2023. Keutamaan adalah kepada mereka yang berisiko tinggi, mempunyai komorbiditi dan warga emas. Vaksin terbukti mampu melindungi kita daripada komplikasi serius jangkitan COVID-19.

33,200 views

Diterbitkan 2 Jan

Dikongsikan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) berkenaan pemberian dos penggalak. Individu yang telah lengkap menerima dos primer vaksin COVID-19 dan diikuti dengan dos penggalak telah terbukti mendapat perlindungan optima daripada jangkitan COVID-19 yang teruk dan kematian. Namun disebabkan berlaku penurunan imuniti selepas tempoh yang tertentu (waning imunity), risiko kumpulan rentan untuk mendapat jangkitan yang teruk dan komplikasi penyakit COVID-19 adalah tinggi. Oleh itu, pengambilan pengambilan vaksin dos penggalak kedua adalah amat digalakkan, terutamanya bagi kumpulan ini.

36,500 views

Diterbitkan 2 Jan

💪Masyarakat dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang sihat dan selamat bagi menghindarkan diri dari bahaya jangkitan COVID-19 dan penyakit berjangkit yang lain. 📌Disarankan juga sentiasa mengamalkan TRIIS. Bagi mereka yang berisiko tinggi termasuk individu yang mempunyai komorbid amat digalakkan memakai pelitup muka terutama di kawasan atau tempat yang sesak, seperti perhimpunan ramai. ✅Mereka yang bergejala pula digalakkan memakai pelitup muka dan menjalankan ujian COVID-19 kendiri.

47,900 views

Diterbitkan 31 Dis

Survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China. KKM mula melaksanakan ujian air kumbahan pesawat dari luar negara terutamanya negara-negara berisiko tinggi sejak Jun 2022. Setakat ini kebanyakan ujian positive adalah dari varian omicron dan subtype BA5 dan BA2. Tiada lagi varian baru Covid-19 dikesan. Sampel air kumbahan akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR dan seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif COVID-19. Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk negara China di PMA akan melalui saringan gejala. Mereka yang dikesan demam atau bergejala atau rujukan kendiri (self declaration) akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula. Sekiranya disyaki COVID-19, ujian COVID-19 akan dijalankan. KKM juga menjalankan survelan persekitaran sentinel di loji2 air kumbahan di seluruh negara utk memantau perkembangan virus SARS-CoV-2. Setakat 23 Dis 2022, sampel yg dikesan positif adalah varian Omicorn & subtype BA.5, BA.2, BA.2.75, BA.2.12 & tiada lagi varian baru dikesan. - KPK KKM -

58,000 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••707172737475•••80•••8384
SebelumHalaman 72 daripada 84Seterusnya