TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini443,400Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 77 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 23 Dis

Bencana Banjir... bersediakah anda? Dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir menerusi https://www.infosihat.gov.my #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

43,400 views

Diterbitkan 23 Dis

🗣️ Saranan Ketika Sambutan Hari Natal 🎄 ➡️ Sebelum berkumpul, lakukan ujian pengesanan COVID-19 jika bergejala seperti demam, batuk, sakit tekak dan selesema. ❌ Elakkan berkumpul jika bergejala bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas. 😷 Pakai pelitup muka apabila berada di tempat orang ramai serta semasa melakukan aktiviti bersama kumpulan berisiko tinggi. #ANMS #KekalSihat #COVID19 #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

37,200 views

Diterbitkan 23 Dis

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah Kawasan larangan merokok, termasuk vape. Sekiranya anda melihat ada individu yang merokok dalam PPS, tegurlah dengan berhemah dan sopan. Hormatilah invididu lain. Usah tambah derita mangsa banjir yang lain dengan asap rokok. #ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

28,600 views

Diterbitkan 23 Dis

Kepada petugas dan sukarelawan bantuan banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Pastikan tiada luka yang terdedah. Cuci tangan dengan air bersih dan sabun atau pensanitasi tangan. Mandi dan bersihkan badan menggunakan sabun dan pakai pakaian bersih sebelum pulang. Bersihkan peralatan perlindungan diri dan cuci pakaian menggunakan air bersih dan sabun. Segera dapatkan rawatan jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit-birit. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

35,600 views

Diterbitkan 22 Dis

Awasi Tahap Kesihatan Semasa Banjir Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Tam Jenn Zhueng dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

43,600 views

Diterbitkan 22 Dis

Berwaspada Menghadapi Musim Banjir Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama En. Muhammad Irsyad Zainal Bahrin dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

39,600 views

Diterbitkan 22 Dis

Cegah Penyakit Kulit Bawaan Air Banjir Pendedahan kepada air banjir yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit. Elak daripada terdedah dengan air banjir jika mempunyai luka. Dapatkan rawatan segera jika terdapat bendasing pada luka, gigitan binatang atau luka membengkak, kemerahan, bertambah sakit atau mengalami demam. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

39,500 views

Diterbitkan 22 Dis

Elak tekanan semasa musim banjir ➡️ Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku ➡️ Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai ➡️ Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan atau pakar yang terlatih ➡️ Amalkan cara hidup sihat untuk mengisi masa lapang ➡️ Tambah baik rutin harian ➡️ Buat keputuan yang rasional #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

35,800 views

Diterbitkan 22 Dis

21 DISEMBER 2022 || KUANTAN : YH. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang (Nor Azimi Yunus) telah mengadakan lawatan ke PPS di SK Cherating, Kuantan yang menempatkan mangsa banjir pada pagi tadi. Turut hadir sama adalah Dr. Husnina Binti Ibrahim (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kesihatan Awam), Puan Rozita Binti Muhammad (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Farmasi) dan Dr. Mohd Rahim Bin Sulong (Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan). Di PPS tersebut, YH. Dato' Indera telah menyantuni mangsa banjir yang mempunyai penyakit kronik dan terlantar, melihat aktiviti sokongan psikososial, melakukan pemeriksaan kesihatan kepada mangsa banjir serta melihat tempat penyediaan makanan di PPS. Sumber: https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid021F3ja1M3R9Vm5FJKv6JUWSLMXjnEwgry949Wyau9NegR5kpub8ncZRRkVpz48roHl&id=215773048441911&mibextid=Nif5oz

39,100 views

Diterbitkan 22 Dis

PROGRAM MINDA SIHAT DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA BANJIR DAERAH DUNGUN Dungun, 20 Disember 2022 – Pasukan PFA daerah Dungun bersama Unit NCD, PKD Dungun telah mengadakan program minda sihat di pusat pemindahan daerah Dungun Aktiviti yang dijalankan ialah: 🔈 Aktiviti Mewarna (Terapi Seni) 💡Aktiviti Psiko Pendidikan 🎈Aktiviti Relaksasi # Intervensi awalan Pegawai yang terlibat ialah kaunselor Faridah Akmal bt Abd. Aziz, PPKP Sharifah Aini Mohamad dan PPKP Sharifah Ain Adila bt Syed Kamal. Terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Padang Pulut di atas kerjasama yang telah diberikan. Sumber: https://www.facebook.com/100076257487410/posts/pfbid02XvdKoiPh3MAa1Xx4DSBZQXZuyKCA92ojXXZok7xAuiRTqpYkKZideGcNNSmtuXu7l/?mibextid=Nif5oz

31,400 views

Diterbitkan 22 Dis

PEMANTAUAN KESELAMATAN MAKANAN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) 21.12. 2022 : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Sebanyak 149 buah PPS telah dipantau melibatkan 10 daerah. Pemantauan ini menekankan aspek keselamatan makanan di tempat penyediaan makanan, penyimpanan bahan mentah, kaedah dan cara agihan makanan kepada mangsa banjir. 'Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama' Sumber: https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0X7ZMHazzM1LEYwkpGagvjmeU229bJtoo86BXsYDVp3HRvStPUkHxyhG2nXBqXQbAl&id=100064380380878&mibextid=Nif5oz

27,500 views

Diterbitkan 22 Dis

Alhamdulilah, terkini penularan Covid-19 masih terkawal walaupun kita sudah membuka semua sektor dan melalui PRU15. Keadaan hampir kembali kepada sediakala seperti sebelum pandemik Covid-19. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya barisan hadapan yang menjadi benteng pertahanan terakhir dalam memerangi pandemik COVID-19. Kita mesti ambil iktibar dan elakkan tsunami Covid-19 seperti yang sedang berlaku di negara China InshaAllah marilah kita ikhlaskan hati, betulkan nawaitu, berusaha dan bertawakkal kepada Allah. فَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ Usaha sebelum tawakkal & jangan leka, amalkan 3W & elak 3C; • Avoid 3C: (crowded places, confined spaces & closed conversations ); • Practice 3W: (Wash, Wear, and Warn); • Highly encouraged to wear a face mask • Practice TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) - KPK KKM - https://www.facebook.com/100044314485023/posts/pfbid0rFgL4UEyP3ewYF2SUACVUPg8jHwFRpX9swqTapLdvhkukMJkqWRrPnURTKUu1T6Kl/?mibextid=Nif5oz

42,100 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••757677787980•••8384
SebelumHalaman 77 daripada 84Seterusnya