TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini515,300Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 78 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 22 Dis

𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐛𝐚𝐩𝐚 Ingat ya semua, ubat supositori diclofenac TIDAK seharusnya digunakan untuk rawatan demam panas yang dialami oleh kanak-kanak. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk alternatif lain bagi menurunkan suhu badan kanak-kanak😊 Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM

42,500 views

Diterbitkan 21 Dis

Awas Semasa Musim Banjir Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi bersama En. Muhammad Irsyad Zainal Bahrin dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

51,700 views

Diterbitkan 21 Dis

Waspada Banjir. Sediakan beg kecemasan sebagai persiapan menghadapi banjir. Ini akan memudahkan anda sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir. #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

49,400 views

Diterbitkan 20 Dis

Jaga Diri Semasa Musim Banjir Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Rosnah Ramly dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM #ANMS #KekalSihat #sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

50,000 views

Diterbitkan 20 Dis

𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓 Orang ramai yang berada di kawasan yang terjejas akibat banjir agar dapat mengamalkan panduan keselamatan elektrik semasa musim banjir. Antara tempat yang paling merbahaya ketika banjir melanda adalah di kawasan talian elektrik telah jatuh. Hubungi 15454 atau Facebook TNB Careline untuk memutuskan bekalan elektrik jika paras air meningkat. 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐩𝐚 𝐣𝐮𝐚 𝐬𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢, 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧.

44,900 views

Diterbitkan 20 Dis

Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan telah dibuka pada 19 Disember 2022 berikutan pembukaan Bilik Gerakan Banjir CPRC JKN di beberapa buah negeri (Jadual 2). Waktu operasi Bilik Gerakan Banjir CPRC Kebangsaan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Sebanyak 14 kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir iaitu Selangor (7 kes), Kelantan (5 kes), dan Melaka (2 kes) dari 11 November 2022 hingga 18 November 2022. Semua kes telah tamat menjalani proses isolasi dan telah pulang ke rumah masing-masing. Dari 11 Disember 2022 hingga 19 Disember 2022, hanya satu (1) kes COVID-19 telah dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu yang telah tamat menjalani isolasi pada 18 Disember 2022. Sehingga kini, tiada kluster COVID-19 dilaporkan di PPS. Dari 7 November 2022 hingga 19 Disember 2022, sebanyak 301 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), 260 kes penyakit kulit, 14 kes Acute Gastroentritis (AGE), 11 kes Konjuntivitis, dan satu (1) kes Chicken Pox, telah dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS. Tiada kes Tifoid, Kolera, Leptospirosis, Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD) dan Denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir. Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/20/kenyataan-media-kpk-20-disember-2022-situasi-semasa-bencana-banjir-monsun-timur-laut-mtl-di-malaysia-2022-2023/

39,300 views

Diterbitkan 20 Dis

#BHnasional Pesakit yang datang ke HTA akan dialihkan ke hospital lain terutama HUSM. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1041191/hospital-tengku-anis-dilanda-banjir

40,300 views

Hashtags

Diterbitkan 20 Dis

#kotabharu Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan Hospital Tengku Anis (HTA) di Pasir Puteh, turut dilanda banjir. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/916716/hospital-tengku-anis-turut-dilanda-banjir

37,500 views

Hashtags

Diterbitkan 20 Dis

⛈️ 𝐌𝐮𝐬𝐢𝐦 𝐛𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 | Siri 5 🔊 Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan semasa dari pihak berkuasa. ✅ Sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri seperti yang dikongsikan 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐫𝐢 bagi mencegah penyakit-penyakit yang sering terjadi semasa musim banjir. ‼️“Jaga Keselamatan, Cegah Sebelum Terlewat”

31,500 views

Diterbitkan 20 Dis

🌊 Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa. Oleh itu, jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir ❤️ Semoga kita semua diberi keselamatan dan kesihatan yang baik terutamanya bagi mereka yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang.

38,300 views

Diterbitkan 20 Dis

PENGUMUMAN Terkini, berikut adalah senarai nama mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Genting Highland - Batang Kali Dikeluarkan oleh: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

37,500 views

Diterbitkan 19 Dis

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 17 Disember 2022 (ME 50/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: -Kumulatif kes baharu: 5,017,016; -Kumulatif kes sembuh: 4,964,534 kes; -Kumulatif kes kematian: 36,800 kes; dan -Kumulatif kluster: 7,162 kluster (kluster aktif: 21 kluster). Perbandingan antara ME 49/2022 dan ME 50/2022: - Bilangan kes sembuh pada ME 50/2022 menurun sebanyak30.3 peratus (14,816 kes kepada 10,330 kes); - Bilangan kes baharu pada ME 50/2022 menurun sebanyak 33.7 peratus (10,937 kes kepada 7,249 kes); - Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 33.8 peratus (10,923 kes kepada 7,232 kes); dan - Bilangan kes import meningkat sebanyak 21.4 peratus (14 kes kepada 17 kes). - Bilangan kes kematian pada ME 50/2022 meningkat sebanyak9.3 peratus (43 kes kepada 47 kes); dan Purata kes aktif setiap hari bagi ME 49/2022 menurun sebanyak 19.3 peratus (20,945 kes kepada 16,895 kes) Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2022/12/19/kenyataan-media-kpk-19-disember-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-50-11-17-disember-2022/ .

52,400 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••757677787980•••8384
SebelumHalaman 78 daripada 84Seterusnya