TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 24 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 11 Jan
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus. Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi. Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Diterbitkan 9 Jan
📌Pemilihan makanan yang bersih dan selamat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti penyakit bawaan air dan makanan, khususnya keracunan makanan. ⚠️Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau meminum minuman yang telah tercemar dengan bahan pencemar seperti kuman, serpihan kaca, logam dan sebagainya akibat amalan pengendalian makanan yang kurang bersih dan tidak selamat. Pengguna dinasihatkan untuk perhati dan pilih sebelum membeli makanan atau minuman. Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq
Diterbitkan 8 Jan
🌡Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang sudah tamat tarikh luput. Penggunaan kit ujian yang telah melebihi tarikh luput boleh memberi keputusan ujian yang tidak tepat. Untuk makluman, tiada kelulusan diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kepada pelanjutan tarikh luput untuk mana-mana kit ujian kendiri COVID-19. Namun demikian, MDA ada memberikan kelulusan kepada perubahan jangka hayat dan kestabilan peranti perubatan yang telah berdaftar termasuk kit ujian kendiri Covid-19. Jangka hayat ialah tempoh masa sehingga tarikh luput, di mana reagen in vitro dalam pembungkusan asalnya, mengekalkan kestabilannya di bawah keadaan penyimpanan yang ditentukan oleh pembuat.
Diterbitkan 7 Jan
1️⃣ dalam 1️⃣0️⃣ wanita mempunyai penyakit kronik sebelum hamil dan terdedah dengan penyakit berisiko seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan asma. 👸Wanita perlu mengambil perhatian terhadap faktor risiko kesihatan yang boleh menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit dengan mengambil makanan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan, aktiviti fizikal yang sesuai untuk wanita hamil, tidak merokok dan menjaga kesihatan mental. 🩺Selain daripada itu, wanita dengan penyakit kronik yang berhasrat untuk hamil boleh mendapatkan nasihat dan penilaian menerusi Klinik Pra Kehamilan (Pre-Pregnancy Clinic) yang tersedia di Klinik-Klinik Kesihatan dan hospital-hospital berpakar KKM di seluruh negara.
Diterbitkan 6 Jan
Virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 kekal berada di sekeliling kita. Amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) sebagai langkah pencegahan kesihatan awam yang efektif. Manakala, elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang Dekat) bagi mengurangkan risiko penularan penyakit dalam komuniti. "BERTINDAK SEGERA" "BERSAMA MENCEGAH PENULARAN COVID-19"
Diterbitkan 5 Jan
🇲🇾 Mari bersama laksanakan tanggungjawab kendiri untuk melindungi golongan berisiko tinggi daripada risiko COVID-19. Lakukan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti.
Diterbitkan 4 Jan
🇲🇾 Mari bersama laksanakan tanggungjawab kendiri untuk melindungi golongan berisiko tinggi daripada risiko COVID-19. Lakukan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti.
Diterbitkan 3 Jan
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar. Cegah jangkitan Melioidosis semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Dapatkan rawatan segera jika bergejala. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.
Diterbitkan 31 Dis
💧💧Terdapat beberapa penyakit yang berpunca daripada air yang tidak bersih. Sehubungan itu, anda perlu pastikan bahawa air yang diminum setiap hari sentiasa bersih dan bebas daripada bakteria yang berbahaya untuk memastikan kesihatan badan anda termasuk mata. 🩺Penyakit berjangkit sering tersebar kepada masyarakat sebelum dan selepas banjir. Banjir yang terjadi mengakibatkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa kumbahan ni bertaburan di serata tempat sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit. Sebagai contoh, banjir boleh menyebabkan penyakit konjunktivitis kepada mereka yang terdedah kepada air banjir. Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan banjir mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu.💦💦
Diterbitkan 29 Dis
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Situasi Banjir Dan Penjagaan Kesihatan Semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 - 29 Disember 2023 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02BHTRwYdYBree41SWJXPU3KWwRK9Xe3yNEb3HFuNhvApe5kyEe95fS1MoJv441PVAl&id=100064560379224&mibextid=lOuIew
Diterbitkan 29 Dis
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Situasi Terkini COVID-19 - 29 Disember 2023 📸 Look at this post on Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02AxLwx5YyijDniFuyH7QVdampmSpxQu4KKMCFrxvvzze7YRMnL29j1jA3oAMM9ZEil&id=100064560379224&mibextid=lOuIew
Diterbitkan 29 Dis
⚠️Segera dapatkan rawatan daripada pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara Banjir sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, batuk, cirit- birit dan sebagainya bagi mengelak penularan penyakit berjangkit bawaan air dan makanan di musim banjir. “𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑”