TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini503,300Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 34 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 6 Jun

Sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2 hari lagi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengajak semua agar terus prihatin dengan keselamatan makanan agar sentiasa terhindar daripada keracunan makanan dengan mematuhi 5 kunci keselamatan makanan ini! #WorldFoodSafety2023 #tipskeselamatanmakanan #KeselamatanMakananTanggungjawabBersama

40,200 views

Diterbitkan 6 Jun

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Pemakluman Status Kes Kanak-kanak Berumur 2 Tahun Berkemungkinan Mengalami Keracunan Nikotin Dalam Rokok Elektronik

34,900 views

Diterbitkan 6 Jun

Berikut merupakan senarai hospital di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok melalui perubahan tingkah laku. Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang. * Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

45,500 views

Diterbitkan 2 Jun

Sambutan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan diadakan selaras dengan strategi MPOWER yang digariskan WHO FCTC. KKM mengadakan pelbagai program menggalakkan orang awam untuk menolak tabiat merokok dan menyuarakan hak mereka untuk udara bersih bebas daripada asap rokok. Tembakau BUKAN tanaman komoditi utama negara. Langkah kawalan tembakau dijalankan KKM tidak menggalakkan tabiat merokok sekali gus mengehadkan tanaman tembakau. Dapatkan bantuan berhenti merokok demi keluarga tersayang. * Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

72,100 views

Diterbitkan 2 Jun

🌞Cuaca panas menyebabkan kulit seseorang terdedah kepada pancaran matahari secara terus apabila berada di luar rumah. ⛅🌞Cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jeragat, penuaan, kulit terbakar serta kanser kulit jika terdedah bagi tempoh yang panjang. ✅Terdapat 2 jenis krim pelindung yang boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian iaitu terdiri daripada ‘sunscreen’ fizikal dan ‘sunscreen’ kimia. 📌 ‘Sunscreen’ fizikal lazimnya dikenali sebagai ‘mineral sunscreen’ berfungsi sebagai penghalang fizikal sinar UV yang bertindak dengan memantulkan sinar UV daripada permukaan kulit. 📌 Manakala, ‘sunscreen’ kimia berfungsi menyerap sinar UV sebelum diserap oleh kulit. Oleh itu, orang ramai perlu menyapu krim pelindung matahari atau 'sunscreen' untuk melindungi kulit daripada sinar UV sebelum keluar rumah.

48,000 views

Diterbitkan 2 Jun

Kekal sihat semasa jerebu. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti 👉🏼 Minum air kosong secukupnya 👉🏼 Kurangkan aktiviti di luar rumah 👉🏼 Pakai pelitup muka yang sesuai jika berada di luar rumah 👉🏼 Elakkan sumber pencemaran udara dalaman seperti merokok #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

46,000 views

Diterbitkan 1 Jun

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa surat edaran yang tular di media sosial ini adalah palsu. KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti yang disebarkan ini oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Untuk makluman, KKM TIDAK MEMPUNYAI Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti yang ditularkan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat yang tidak sah dan boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. #TakPastiJanganKongsi Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum diperpanjangkan.

42,400 views

Diterbitkan 1 Jun

Bermula hari ini 1 Jun 2023, menerusi Inisiatif Imunisasi Catch-up Pneumokokal (CHUP), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) menawarkan pemberian vaksin pneumokokal secara percuma kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 di semua fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara. KKM komited untuk mengesan kanak-kanak yang cicir imunisasi dan terlepas jadual imunisasi rutin bagi meningkatkan liputan imunisasi sekaligus meminimakan risiko penularan jangkitan penyakit cegahan vaksin. Tunggu apa lagi? Jom CHUP!😊

28,400 views

Diterbitkan 1 Jun

Jom klik https://rb.gy/6wjhe dan selak e-mag edisi Jun 2023. Antara yang menarik dalam edisi kali ini adalah seperti aktiviti interaktif sitkom AUSSH, tip untuk aktif aktiviti fizikal dan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh orang awam semasa cuaca panas. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

30,800 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••3233343536•••40•••45•••50•••55•••60•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 34 daripada 84Seterusnya