TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 36 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 31 Mei
Sempena Hari Tanpa Tembakau 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023 bertemakan "Utamakan Makanan Bukan Rokok Demi Kesihatan". Sebanyak empat (4) set kuiz secara bersiri akan disiarkan sepanjang 30 Mei sehingga 13 Jun 2023. Jawab setiap siri secara mingguan menggunakan emel yang sama dan nyatakan slogan paling menarik dipenghujung siaran siri 4. Berikut adalah tarikh siaran siri 1-4 Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023. Siri 1: 30 Mei 2023 Siri 2: 6 Jun 2023 Siri 3: 10 Jun 2023 Siri 4: 13 Jun 2023 Kuiz Siri 1/4 boleh diakses melalui laman berikut : https://docs.google.com/forms/d/1T3qtrcW5qx0_VzlD75Yu2wz2tIbi4ghZyXSxr3D-DGQ/viewform?edit_requested=true Tunggu apa lagi, jom sertai Kuiz Hari Tanpa Tembakau 2023 dan berpeluang memenangi sehingga RM500! Untuk terma dan syarat rujuk pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1YNEhVXB2K3OXrVHQOilM76QV7GRsI1A9/view?pli=1 Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 31 Mei
Awas! Bahaya Denggi Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Nooreen Farzana Mustapha, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 30 Mei
Tanda-tanda Strok Haba Terjadi dan Tip Kekal Sihat bagi Kanak-kanak Semasa Musim Panas Ibu bapa perlu memantau anak-anak daripada bermain di luar semasa cuaca panas. Sekiranya mereka bermain di luar, pastikan mereka memakai topi, baju yang longgar dan pastikan mereka kekal terhidrat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 30 Mei
Tahukah anda? 4.5 Trilion puntung rokok dibuang bersamaan 767 juta kilogram buangan sisa toksik. Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan. #ANMS#KekalSihat#speakout#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 30 Mei
Panduan bagi Pesakit Diabetes Semasa Cuaca Panas. 👉 Minum air secukupnya 👉 Elak minum minuman bergula, beralkohol dan berkafein 👉 Lakukan ujian gula dalam darah lebih kerap 👉 Jangan simpan ubat diabetes di bawah sinar matahari atau di dalam kereta panas Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 30 Mei
Raikan kemeriahan kaamatan, bebas daripada asap rokok. Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan. Dapatkan bantuan berhenti merokok di talian Quitline 03 8883 4400 atau kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran. #ANMS#KekalSihat#speakout#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 30 Mei
Hujung minggu ni cuti panjangkan...Apa kata kita luangkan 10 minit jer bersama keluarga hapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. #TiadaAedesTiadaDenggi #CariDanMusnah #10minitseminggu
Diterbitkan 30 Mei
Tanaman tembakau menyebabkan nutrien tanah menyusut dan menjejaskan kesuburan tanah. Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan. #ANMS#KekalSihat#speakout#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 30 Mei
Panduan bagi Pesakit Jantung dan Hipertensi Semasa Cuaca Panas. 👉 Dapatkan nasihat doktor untuk jumlah air yang sesuai diminum dalam sehari 👉 Elak minum minuman bergula, beralkohol dan berkafein 👉Ambil makanan dalam kuantiti kecil Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 30 Mei
Panduan bagi pesakit respiratori kronik semasa cuaca panas. 👉 Elak terdedah kepada cuaca panas 👉 Sebaiknya berada di dalam persekitaran yang sejuk 👉Dapatkan nasihat doktor bagi dos ubat yang optimum ketika gelombang haba Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 30 Mei
Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) merupakan penyakit saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus korona. Famili virus korona boleh menyebabkan penyakit pada manusia seperti selesema biasa sehingga Sindrom Pernafasan Akut teruk. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 30 Mei
🧼Amalan mencuci tangan merupakan cara terbaik untuk mengelakkan penyebaran kuman antara seseorang individu kepada individu yang lain. 💦Amalan membasuh tangan perlu diterapkan di semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga dewasa. ✅Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan seseorang mencuci tangan berikutan peningkatan risiko penyebaran kuman kepada individu lain. Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa. 💪Oleh itu, setiap individu perlu mempraktikkan amalan membasuh tangan yang betul untuk menjamin kebersihan diri.