TGINSIGHT CHAT
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Health and FitnessCrisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
Siaran terkini
Halaman 62 daripada 84 · 1,001 siaran
Diterbitkan 4 Mac
Lewat petang 02/03/2023, memantau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Jawa, Segamat. Pasukan kami membawa sama barangan bantuan, keperluan wanita, dan keperluan kanak-kanak. Kampung Jawa merupakan antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir. Semoga semua mangsa tabah dengan ujian ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha membantu mangsa banjir ini, termasuk pasukan penyelamat, anggota masyarakat setempat, para sukarelawan dan semua yang berkenaan. #DemiSekijang Sumber: https://www.facebook.com/105057232411843/posts/pfbid0rkzDZDVoJhjmGNXccYSSBxEcCLNttHfRPbxANKcLpsoH8v6T2Z6FrMbme3o2MJCZl/?mibextid=Nif5oz
Hashtags
Diterbitkan 4 Mac
Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir 👉 Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol 👉 Jaga kebersihan dan keselamatan makanan 👉 Larang kanak-kanak bermain air banjir 👉 Jangan merokok di pusat pemindahan 👉 Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 4 Mac
Hai semua...Ada cadangan untuk pergi melancong ke musim cuti sekolah ni? Nak Gie mana tu? sebelum tu kami nak kongsikan Panduan Makanan Selamat Semasa Melancong Ke Luar Negara, bukan apa mudah mudahan percutian anda nanti akan menjadi baik - baik dan lancar sahaja. Jom kita baca sama - sama. Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama. Sumber: BKKM, JKN Johor
Diterbitkan 4 Mac
Jom selak e-majalah edisi Mac 2023 di https://bit.ly/3ma0SG1 YB Dr. Zaliha binti Mustafa mencatatkan sejarah sebagai Menteri Kesihatan pertama daripada kalangan wanita. ANMS dan Malaysia Madani meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan kesihatan. Inisiatif ‘Wellness Hub’ di seluruh negara dilihat mampu menyokong dalam merealisasikan pendekatan ini. Pelbagai isu kesihatan turut dikongsi pada edisi kali ini seperti Virus Human Papilloma (HPV), Influenza, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Risiko Kecantikan Segera dan Tip Pemakanan di Bulan Ramadan. Jangan lupa untuk baca, share dan like majalah ini! #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Hashtags
Diterbitkan 4 Mac
Semakin hari semakin meningkat kes kematian akibat demam denggi. Siapa lah esok yang menjadi korban denggi? Aedes tidak mengira siapa mangsanya sama ada bayi, kanak-kanak atau warga emas. Apa yang penting bagi Aedes adalah memastikan zuriatnya terus berkembang dan membiak. Kengkawan nak banteras Aedes mudah je cuma ambil masa 10minit seminggu kita hapuskan tempat2 pembiakannya di persekitaran rumah kita dalam dan luar. Ayuh kengkawan kita perang Aedes habis-habisan #TiadaAedesTiadaDenggi #CaridanMusnah #10minitseminggu Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Diterbitkan 1 Mac
Dato' Jalaludin Hassan telah mengambil suntikan flu tahunannya untuk mengurangkan risiko komplikasi berkaitan flu dan kemasukan ke hospital. Anda bila lagi? Untuk info lanjut, layari: https://actoflove.ifl.my/seniors/ Sumber: Immunise4Life
Diterbitkan 1 Mac
Baru-baru ini, pemain badminton Malaysia, Chan Peng Soon, telah mendapatkan vaksinasi flu tahunannya untuk melindungi diri dan keluarganya daripada dijangkiti flu. Mari cegahi jangkitan flu bersama! Untuk info lanjut, layari: https://actoflove.ifl.my/ Sumber: Immunise4Life
Diterbitkan 1 Mac
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 25 Februari 2023 (ME 8/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 5,042,188; Kumulatif kes sembuh: 4,996,441 kes; Purata kes aktif : 8,898 kes; Kumulatif kes kematian: 36,957 kes; dan Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 1 kluster). Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 7/2023 dan ME 8/2023: Bilangan kes baharu menurun sebanyak 8.6 peratus (1,495 kes kepada 1,367 kes); Bilangan kes sembuh menurun sebanyak 16.1 peratus (1,784 kes kepada 1,497 kes); dan Bilangan kes kematian menurun sebanyak 50.0 peratus (4 kes kepada 2 kes). Kenyataan penuh di : https://kpkesihatan.com/2023/02/28/kenyataan-media-kpk-28-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-ke-8-tahun-2023-19-25-februari-2023/
Diterbitkan 1 Mac
Tahukah anda semua pengendali makanan termasuk pengusaha bazar Ramadan wajib mendapatkan suntikan vaksin tifoid? Ketahui mengapa pencegahan penyakit tifoid adalah penting. Mari kita mencegah penularan penyakit tifoid semasa bulan Ramadan yang mulia. Sumber: Immunise4Life
Diterbitkan 1 Mac
𝑷𝒆𝒏𝒚𝒂𝒌𝒊𝒕 𝑱𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑱𝒖𝒎𝒑𝒂: 𝑨𝒑𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑷𝒆𝒓𝒍𝒖 𝑨𝒏𝒅𝒂 𝑻𝒂𝒉𝒖? Kementerian Kesihatan Malaysia mentakrifkan penyakit ini sebagai yang dihidapi oleh kurang daripada 1 dalam 4,000 individu di dalam sesebuah komuniti yang mempunyai kekerapan berlaku yang rendah, serta boleh mengancam nyawa dan/ atau menyebabkan ketidakupayaan kronik. Contoh Penyakit Jarang Jumpa termasuk: 1. Penyakit metabolik yang diwarisi seperti penyakit simpanan lisosom, 2. Penyakit neuromuscular seperti distrofi otot Duchenne dan distrofi spinal muscular, 3. Penyakit darah seperti hemofilia, 4. Penyakit tulang seperti penyakit tulang rapuh dan akondroplasia, 5. Penyakit orang dewasa seperti penyakit Huntington dan penyakit neuron motor. Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia disambut bagi meraikan pesakit serta orang yang hidup bersama Penyakit Jarang Jumpa dan keluarga mereka. Bersama kita meningkatkan kesedaran mengenai Penyakit Jarang Jumpa ini. #RareDiseaseDay
Hashtags
Diterbitkan 28 Feb
🦟Denggi adalah antara pembunuh senyap yang mampu mengancam nyawa sekiranya tidak diambil tindakan drastik, khasnya bagi rawatan kepada individu yang bergejala. 🕦Awasi waktu puncak gigitan nyamuk Aedes ketika menjalankan kegiatan di luar bersama keluarga khasnya antara 6:00 pagi hingga 8:00 pagi dan 6:00 petang hingga 8:00 malam.
Diterbitkan 27 Feb
Segera lindungi diri & orang tersayang dengan dapatkan vaksin COVID-19 serta Dos Penggalak pertama & kedua. Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth #SihatSepanjangHayat#ANMS#MyHEALTHKKM#sihatmilikku Kredit: Santiana Ramli