TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini342,000Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 61 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 6 Mac

Kepada petugas dan sukarelawan bantuan banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Pastikan tiada luka yang terdedah. Cuci tangan dengan air bersih dan sabun atau pensanitasi tangan. Mandi dan bersihkan badan menggunakan sabun dan pakai pakaian bersih sebelum pulang. Bersihkan peralatan perlindungan diri dan cuci pakaian menggunakan air bersih dan sabun. Segera dapatkan rawatan jika demam, batuk, sakit sendi dan cirit-birit. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

48,000 views

Diterbitkan 4 Mac

🌊 Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa. ❌ Oleh itu, jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir ❤️ Semoga kita semua orang di Malaysia diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik terutamanya bagi mereka yang sedang menghadapi musibah banjir sekarang.

57,000 views

Diterbitkan 4 Mac

Pada pagi ini, satu kunjungan hormat oleh Pasukan Projek ARCH (Project for Strengthening the ASEAN Regional Capacity on Disaster Health Management) telah diadakan sempena lawatan kerja mereka ke Kementerian Kesihatan berhubung kepada penganjuran Regional Collaboration Drill (RCD) 2023 yang akan diadakan di Malaysia pada bulan September nanti. Projek ARCH ini telah bermula sejak tahun 2016 dan dikelolakan oleh National Institute of Emergency Medicine, Thailand dan Japan International Cooperation Agency (JICA), Jepun dengan pembabitan semua negara anggota ASEAN. Matlamat utama projek ini adalah pembangunan kapasiti khususnya di dalam kesiapsiagaan dan respons kesihatan dalam menghadapi sebarang bencana di negara-negara anggota ASEAN dan membolehkan rantau ini berhadapan dengan situasi berkenaan bersesuaian dengan slogan ‘One ASEAN, One Response’. Penganjuran RCD 2023 ini adalah salah satu aktiviti utama di dalam projek ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia menyemak dan menilai semua strategi, garis panduan dan prosedur yang telah dihasilkan dalam pengurusan kesihatan bencana dari aspek keberkesanan dan keupayaan praktikalnya untuk memberikan tindak balas yang cepat dan berkesan dalam menghadapi sebarang bencana yang berlaku. Kementerian Kesihatan Malaysia berharap dengan penganjuran RCD 2023 di Kuala Lumpur tahun ini ianya juga dapat mengeratkan jalinan kerjasama dan kolaborasi dengan negara anggota ASEAN lain khususnya di dalam bidang pengurusan kesihatan bencana. Di samping itu, sesi perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang akan diperolehi melalui acara ini dapat memantapkan lagi petugas-petugas kesihatan dan perubatan di rantau ini bagi menghadapi sebarang bencana sama ada di dalam atau di luar negara. -Ketua Pengarah Kesihatan-

46,300 views

Diterbitkan 4 Mac

24,000 views

Diterbitkan 4 Mac

Johor dijangka terima hujan luar biasa sehingga akhir Mac akibat peralihan monsun https://www.astroawani.com/berita-malaysia/johor-dijangka-terima-hujan-luar-biasa-sehingga-akhir-mac-akibat-peralihan-monsun-409116?fbclid=IwAR3Gjj25ZKQ5UaB9DSmx2ZuesuoalNH3r43iuqb7cBcVQMHBGnYMwadXKTs

23,900 views

Diterbitkan 4 Mac

Tiga kes Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor – Dr Zaliha https://malaysiagazette.com/2023/03/04/tiga-kes-covid-19-dikesan-dalam-kalangan-mangsa-banjir-di-johor-dr-zaliha/

20,200 views

Diterbitkan 4 Mac

PELEPASAN AIR EMPANGAN SELIAAN JPS DI JOHOR 1. Berikutan hujan lebat berterusan di kawasan tadahan melibatkan beberapa empangan di Johor, JPS telah membuat pelepasan empangan mengikut tatacara SOP operasi empangan. 2. Limpahan air empangan melalui struktur alur limpah akan berlaku apabila aras takungan empangan melepasi aras tertinggi. Limpahan air ini merupakan mekanisme yang direkabentuk untuk menjaga integriti dan keutuhan empangan. 3. Buat masa ini sebanyak 15 buah pam bergerak sedang beroperasi di kawasan-kawasan kritikal di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak. 10 buah pam bergerak dengan kapasiti 10cusec lengkap dengan genset telah tersedia untuk dihantar ke Johor sebagai pam tambahan. Operasi pam bergerak ini merupakan tambahan kepada sistem saliran dan pam sedia ada bagi mempercepatkan aliran air banjir untuk mengurangkan kedalaman banjir. 4. Orang awam dimohon untuk sentiasa bersiapsiaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana di Daerah dan Negeri

20,500 views

Diterbitkan 4 Mac

Patuhi nasihat pihak berkuasa❗ 📞 Hubungi jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mendapatkan bantuan kecemasan ketika menghadapi musim banjir.

20,000 views

Diterbitkan 4 Mac

Elak penyakit bawaan air dan makanan semasa banjir. Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran. Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

20,300 views

Diterbitkan 4 Mac

20,100 views

Diterbitkan 4 Mac

Waspada Banjir. Bahaya bermain dengan air banjir ! Pantau dan nasihat anak-anak agar terlindung daripada penyakit bawaan air. Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

20,600 views

Diterbitkan 4 Mac

Elak tekanan semasa musim banjir ➡️ Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku ➡️ Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai ➡️ Amalkan cara hidup sihat untuk mengisi masa lapang ➡️ Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan atau pakar yang terlatih ➡️ Tambah baik rutin harian ➡️ Buat keputuan yang rasional Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

21,100 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••5960616263•••65•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 61 daripada 84Seterusnya