TGTGInsighttelegram intelligenceLIVE / telegram public index
Kembali ke senarai saluran
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia avatar

TGINSIGHT CHAT

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

@cprckkm

Health and Fitness

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Pelanggan36.4万Pelanggan semasa
Siaran dijejaki1,001Bilangan siaran diindeks
Capaian terkini803,700Jumlah tontonan terkini
Siaran terkini

Siaran terkini

Halaman 64 daripada 84 · 1,001 siaran

Diterbitkan 16 Feb

KENYATAAN MEDIA KKM 14 FEB 2023 - SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-6 TAHUN 2023 (5 FEBRUARI 2023 – 11 FEBRUARI 2023)

59,500 views

Diterbitkan 16 Feb

7 langkah KKM dalam menangani permasalahan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD)

41,200 views

Diterbitkan 16 Feb

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 11 Februari 2023 (ME 6/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: Kumulatif kes baharu: 5,039,326; Kumulatif kes sembuh: 4,993,160 kes; Purata kes aktif : 9,490 kes; Kumulatif kes kematian: 36,951 kes; dan Kumulatif kluster: 7,171 kluster (kluster aktif: 5 kluster). Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 5/2023 dan ME 6/2023 (Rajah 4): Bilangan kes baharu menurun sebanyak 19.4 peratus (1,913 kes kepada 1,542 kes); Bilangan kes sembuh meningkat sebanyak63.1 peratus (1,270 kes kepada 2,071 kes); dan Bilangan kes kematian meningkat sebanyak 166.7 peratus (3 kes kepada 8 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/14/kenyataan-media-kpk-14-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-6-5-11-februari-2023/

58,100 views

Diterbitkan 13 Feb

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: 1. Karisma Turmeric Booster Cream 2. Flashhskinzz Treatment Cream Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Kenyataan Penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/13/kenyataan-media-kpk-13-februari-2023-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/

80,400 views

Diterbitkan 12 Feb

https://www.facebook.com/187891761403516/posts/pfbid02nhQivsRb2hDCu6BU8ApnFhJKuvcYoQmEp8JXURSBzPeVmo9YeoiUs1SpG4UgGP3gl/

62,300 views

Diterbitkan 12 Feb

Siri 3️⃣- Jangkitan HPV 📌Hasil ujian saringan HPV saya POSITIF, apakah maksudnya? ✅ Kami kongsikan jawapannya kepada anda disini.

62,800 views

Diterbitkan 12 Feb

Dos penggalak pertama bagi kanak-kanak yang sudah mencapai umur 5 hingga 11 tahun. Ibu bapa dan penjaga boleh menempah janji temu suntikan dos penggalak pertama anak melalui aplikasi MySejahtera. Ikuti langkah-langkah seperti di infografik ini untuk menempah janji temu. #MySejahtera #AplikasiKesihatanAwam #GerbangKesejahteraanDigitalAnda Sumber: MySejahtera

68,600 views

Diterbitkan 8 Feb

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 8 FEBRUARI 2023 Maklum Balas Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Berhubung Artikel Berkaitan Rawatan Covid-19 Yang Diterbitkan Oleh Media Bloomberg Dan Science

91,000 views

Diterbitkan 8 Feb

Polymyxins (seperti Polymyxin E (Colistin) dan Polymyxin 😎 telah dikategorikan sebagai Critically Important Antimicrobials oleh pihak World Health Organization (WHO) berdasarkan Annex 1 Penerbitan WHO Critically Important Antimicrobials for Human Medicine. Seterusnya polymyxins telah dikategorikan sebagai highest priority berdasarkan Table 2: Prioritization of antimicrobials categorized as “Critically Important” in human medicine kerana telah menepati kesemua faktor keutamaan (prioritization factors). Kategori di atas adalah sebagai panduan bagi menentukan langkah pengurusan risiko bagi mengehadkan penggunaan antimikrobial dan seterusnya mengekang risiko kerintangan (resistance). Polymyxin khususnya Polymyxin E (Colistin) mempunyai potensi untuk disalahguna dalam makanan haiwan sebagai agen growth promoter. Penggunaan Polymyxin E (Colistin) secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial (Antimicrobial Resistance, AMR). Oleh itu, terdapat keperluan untuk menyenaraikan semua polymyxins (kecuali polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal) sebagai bahan terlarang dalam produk ubat veterinar sebagai langkah mengurangkan risiko kerintangan antimikrobial (AMR) terhadap polymyxins. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-381 yang bersidang pada 2 Februari 2023. Keputusan mesyuarat adalah tidak terpakai untuk produk ubat veterinar yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal. Oleh itu, pendaftaran produk ubat veterinar sedia ada yang mengandungi polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal adalah dikekalkan. Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/07/kenyataan-media-kpk-7-februari-2023-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-381-berkenaan-pendaftaran-produk-ubat-veterinar-yang-mengandungi-polymyxins/

73,800 views

Diterbitkan 8 Feb

Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 4 Februari 2023 (ME 5/2023), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut: - Kumulatif kes baharu: 5,037,784; - Kumulatif kes sembuh: 4,991,089 kes; - Purata kes aktif : 9,476 kes; - Kumulatif kes kematian: 36,943 kes; dan - Kumulatif kluster: 7,170 kluster (kluster aktif: 4 kluster). Perbandingan kes baharu, kes sembuh, dan kes kematian COVID-19 antara ME 4/2023 dan ME 5/2023: - Bilangan kes baharu meningkat sebanyak 41.7 peratus (1,350 kes kepada 1,913 kes); - Bilangan kes sembuh menurun sebanyak41.7 peratus (2,177 kes kepada 1,270 kes); dan -Bilangan kes kematian menurun sebanyak62.5 peratus (8 kes kepada 3 kes). Kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2023/02/07/kenyataan-media-kpk-7-februari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-5-29-januari-4-februari-2023/

47,400 views

Diterbitkan 8 Feb

🤧 Jangkitan Influenza disebabkan virus Influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. ⚠️Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti terutama bagi golongan berisiko tinggi.Komplikasi jangkitan Influenza boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin influenza secara tahunan. Ini kerana: ▪️ Struktur virus Influenza boleh berubah (antigenic drift) ▪️ Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun ▪️ Formulasi mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap musim. ✅Pada masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.

64,300 views

Diterbitkan 4 Feb

HIV adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Jangkitan HIV melalui transmisi seksual boleh dielakkan dengan 👉 Menggunakan kondom dengan cara yang betul 👉 Patuh kepada rawatan antiretroviral 👉 Rawatan Antiretroviral Profilaksis boleh diambil jika pasangan anda adalah yang hidup dengan HIV Patuh kepada ubat antiretroviral jika anda hidup dengan HIV. Jalani ujian saringan HIV dan mulakan rawatan dengan segera jika anda dijangkiti HIV. #ANMS#KekalSihat#sihatmilikku Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama

94,300 views
12•••5•••10•••15•••20•••25•••30•••35•••40•••45•••50•••55•••60•••6263646566•••70•••75•••80•••8384
SebelumHalaman 64 daripada 84Seterusnya